Saturday, November 30, 2019

Ride To Boten (Thai - Loas - China Border)


Ride to Boten (China border)
Bermotosikal ke Boten (sepadan China)


<Rider>
1. Hj Hidzer  - CB500X
2. A. Ucop    - CB500X
3. Mohd Lin - CB500X
4. Apit         - XDV750
5. Azman    - CB500X
6. Zek         - CB500X

7. Angah    - CB650R

<Intro>
Trip kali ini adalah trip terjauh yang akan kami lalui disepanjang pengalaman kami sebelum ini. Perjalan yang akan mengambil masa 13 hari dan perjalanan sejauh hampir 6000 km. Kami mengunakan keretapi dari Hatyai ke Ratchaburi untuk jimatkan masa sementara semua motor di hantar dengan mengunakan lori (di uruskan oleh Anas Sama Sama)

<Route>
KL - Hatyai - Ratchaburi - Nakhon Ratchashima - Nong Khai Border - Vientiane - Vang Vieng - Luang Prabang - Muang Xai - Boten Border - Luang Namtha - Huay Xai - Phayao Lake - Tanya Berry - Krasiao Dam - Erwan National Park - Hua Hin - Surat Thani - Hatyai - KL






















<30/11> 1st Day

Bertolak dari Selangor, Berkumpul dia R&R Rawang sekitar pukul 4:30 pagi. Kami hanya berlima, Haji dan Man sudah bertolak sehari awal sebab ada appointment dengan ZAAM motor untuk pasang accessories di Hatyai. Meneruskan perjalanan ke Utara. 

Berhenti subuh di UTC Simpang Pulai, exit di Alor Star Utara. Singgah di Pekan Pokok Sena. Sarapan di Gerai bersebelahan Stesen minyak Petron(Kordinat xxx)  sekitar jam 10. Tinggal menu nasi lemak sahaja yang tinggal. Makan sekadar alas perut.

Masuk ke CIQ Durian Burung. Keadaan lengang. Urusan sangat mudah. Hujan gerimis jalan menuju ke Hatyai. Sampai di Hatyai sekitar pukul 2 petang. Anas sedia tunggu di Hotel The Train. Loading motor di stesen PTT route 41 (5km dari Hotel).

Check in The Train Hotel hanya untuk mandi. 100 bhat/orang. Dapat Dorm dan sehelai tuala. Bersiap mandi, solat. 

Pergi makan di Kedai Makcik Som depan hotel. Alhamdullilah dapat berjumpa lagi Makcik Som. Seperti biasa, mintak Makcik buatkan bekal untuk kami di dalam keretapi. Semuga Makcik Som sentiasa sihat


motor sedia untuk masuk ke dalam lori

Kami beli 1st Class Cabin. Sebilik 2 katil. 

Harga tiket : katil Bawah 1509 thb, katil atas 1309 thb.

Keretapi tiba on time. Anas hantar kami sampai ke platform. Terima kasih. Service Anas memang Torbaik!!. Tiket keretapi kami juga di uruskan oleh Anas.

 Kos motor dari Hatyai ke Ratchaburi : 2400 RM per lori, satu lori max boleh bawa 8 buah

Sekitar pukul 8, semua orang sudah lolap 


    Anas hantar kami sampai ke pintu keretapi
sedia untuk lelap


<1/12> 2nd Day


Tiba dia Ratchaburi station pukul 7 setengah pagi. 

Alhamdullilah, lori yang bawa motor kami pun telah sampai.
Ratchaburi Railway Station

Motor selamat tiba di Ratchaburi station

Kami bersarapan di Ratchaburi, kedai halal berdeketan stesen Ratchaburi. 




Kedai Halal, Coordinate : 13.528499, 99.818139

Mee sup - boleh tahan sedap!

Kami memulakan perjalanan sekitar jam 10 pagi melalui route 4 -> route 338 -> route 9 -> route 1 -> route 2 ke Nakhon Ratchasima




Singgah solat zuhur & asar di tasik Lumtakong. 

Tasik Lumtakong, Coordinate : 14.792658, 101.526463

Patin Tasik Lumtakong
Sampai Nakhon Ratchashima lebih kurang lebih pukul 7 petang.


Welcome to Nakhon Ratchashima

Check in di RomYen Garden Palace Hotel. 
Agak mewah. Ada washing machine dan dryer. Sabun free boleh minta di front desk.
RomYen Garden Palace (14.973119, 102.093010)
Sebelah malam, kami keluar ke sekitar bandar, ada dua Halal restoran. Semuanya dah tutup. 

Jumpa kedai Banana Pan Cake Halal. Beli roti telur dan Banana pan cake. 

Jalan balik, Angah jumpa gerai halal jual bee hoon sup berdekatan hotel. 
(Coordinate 14.973052, 102.094441 )


MOF sedang buat budget & update, nampak cam tak cukup duit je?

<2/12> 3rd Day

Check out pukul 7 pagi. Meneruskan perjalanan ke Nong Khai Border melalui route 2

Breakfast di PTT selepas ride dalam 50 km, kopi dan roti cicah sardine 7E.
Breakfast di PTT - Amazon
Tempat favorite - emm Blak kafe ... one... hot...
Perjalanan ke Nong Khai agak kurang kereta. Tapi angin sepanjangan perjalanan sangat kuat. Jumpa 2 lori besar terbalik tepi jalan. (kemungkinan disebabkan angina lintang). Kanan kiri sepanjangan perjalanan sawah padi dan lading ubi dan jagung. 

Sesekali ada gerai buah tembikai
Gerai Tembikai
Perjalanan sejauh 390 km. Sampai di Nong Khai border lebih kurang pukul 4 petang.
Nong Khai
Group Angah, Azman dan Haji terus masuk ke border Laos dan bermalam di  Vientiane.
Group Lin, Ucop, Apit, Zek akan masuk esok pagi. Untuk elakkan di kesan pihak berkuasa Laos sebagai satu group.(satu group lebih 4 orang akan di kenakan bayaran extra guide)

Group Lin, Ucop, Apit, Zek bermalam hotel berdekatan border. Hotel Tanzeno.

Tanzeno Hotel ( Coordinate : 17.866588, 102.723866)

Money Changer (Depan Hotel Tanzeno)
Restoran Halal sekitar Nong Khai
Restoran Islami. Saudah
17.863228, 102.748900
Ibrahim Kitchen Muslim(Indian food)
17.861127, 102.749610


<3/12> 4th Day

Meneruskan perjalan masuk ke Border Laos (Thanaleng) terus ke Vientiane. 

Urusan agak rumit. Kami rujuk pada blog RIDERCRIST.

 https://www.riderchris.com/info/thailand-laos-border-crossing/

 Alhamdullilah urusan di permudahkan. Kebetulan ada local yang sudi jadi runner untuk urusunkan semua hingga selesai
Runner di Thanaleng (Vientiane) Border

Sementara menunggu Group sampai di Vientiane, Group Angah sempat melawat beberapa tempat di Bandar Vientiane.
Kedutaan Malaysia
Vientiane
Memandangakan masa sudah lewat di border, Group Lin meneruskan perjalanan terus ke target point, Viang Vieng tanpa singgah di Kedutaan Malaysia di Vientiane. Kami berjumpa Group Angah lebih kurang 40km selepas Vientiane 

Selepas keluar border, beli sim kad dan tukar duit Kip. 
Kedai tukar sim kat dan boleh tukar duit Lao Kips
 (Coordinate : 17.883864, 102.709072)

Jalan raya agak pening sebab panduan sebelah kiri. Jalan agak teruk. Cuma kena berhati-hati sebab kebanyakkan pemanduan disini tidak mengikut undang-undang jalan.
Perjalanan agak perlahan sebab keadaan jalan yg teruk.

Berhenti solat di Stesen Minyak PTT
Solat di PTT (coordinate : 17.969737, 102.627051)
Lunch di satu pekan kecil. banyak jual ikan sungai. kami beli kelah dah mintak tolong makcik di warung berdekatan bakar. memang sodap

Kedai tepi sungai (Coordinate : 18.638100, 102.326935)


1st sticker dari group biker

Sampi dia Vian Veng sekitar jam 6. Hari telah gelap.
Bermalam di River View Bungalow 

Riverview Bungalow (coordinate : 18.927164, 102.445950)
Sekitar hotel ada halal restoran dan juga night market
Selepas makan, jalan sekitar pekan, tapi pasar malam sudah tutup (lebih kurang pukul 9 malam)
Vang Vieng Night market (coordinate : 18.923479, 102.448665)
Halal Restoran (coordinate : 18.926163, 102.449070)
Pemandang pagi sungguh cantik di sekitar Hotel.
Vang Vieng


Vang Vieng (berhadapan River view Bunglow)
Vang Vieng (berhadapan River view Bunglow)
<4/12> 5th Day

Bangun pagi, sarapan lebih kurang
Meneruskan perjalanan ke Luang Prabang. Kami melalui route gunung sejauh 183km.
Route 13 (sampai Kasi) -> Route 4 (sampai Xiang Ngeun) -> Route 13 ke Luang Prabang

Kami singgah dulu di Blue Lagoon, lebih kurang 15km dari Hotel.
Masuk ke Blue Lagoon ada entrance fee (tak ingat berapa Kips, tapi murah)


Vang Vieng (otw to Blue lagoon)
Blue Lagoon and Phu Kham Cave (Coordinate : 18.926517, 102.395398)
Blue Lagoon
Jalan alhamdullilah elok. Cuma sesekali jumpa jalan rosak.

Pemandangan sangat cantik.
Jalan gunung
off road toward to peak point


nice view!!




Lunch break di highest point otw to Luang Prabang
Lunch Kari Kambing dalam tin @ peak point (19.390483, 102.138983)
bersama riders from China @ Peak Point 

 
Sampai di Luang Prabang sekitar jam 5 petang dan bermalam di Beuaykok guest house berhadapan sungai Mekong
(Coordinate : 19.888397, 102.130646)

Di Luang Prabang, hanya ada satu kedai halal kepunyaan muslim. Wat Tatt restoran.
Owner dia berkahwin dengan orang Malaysia. Nama Aishah.


Wat That halal restoran. (Coordinate : 19.888488, 102.131312)


<Tips Makan Di Laos> 
Original makan Laos sangat pedas dan 1 hidangan lauk boleh makan 4 orang. Jadi kalau nak order sayur/tomyam untuk 4 orang, order la untuk 1 pinggan sahaja.
Original menu Laos
<Tragedi di Luang Prabang>
Disebab kan tiada parking, kami parking di tepi jalan depan guest house.
Nasib tak berapa baik. Top box azman dan side box haji kena pecah. Electric Pam dan beberapa tools di curi. Alhamdullilah sebab motor masih ok.

Nasihat kepada riders lain, segala box dan bag elok simpan dalam bilik semasa berada di Laos. Info daripada Anas, group riders dari Thailand pun kena curi semasa berada di Luang Prabang dalam minggu yang sama.


<5/12> 6th Day

Breakfast baki makan lauk malam tadi. 
Santai di hadapan guest house tepi sungai mekong (sarapan pagi)


Meneruskan perjalanan ke Boten sejauh 290km melalui route 13

View  cantik di sepanjang perjalanan


 

Tapi ada sebahgian jalan teruk
Jalan gravel


Perkampungan 


Kami sampai di border Boten pukul 5 lebih. 
Alhamdullilah, Sampai jugak akhirnya!
Boten (Laos )
Boten (China)

Hotel terletak di selepas immigration Laos. Cuma bagitau orang immigration untuk ke hotel. Hotel terletak lebih kurang 1km dari immigration Laos. Jalan sangat teruk
Semua tulisan disini guna China dan Laos, Kami pun tak tau yg mana hotel.

Ada satu hotel besar. Tapi tak terima orang Malaysia. Mungkin untuk orang Laos dan China. Mintak tolong dengan orang local untuk cari hotel. Dia tolong carikan bilik atas karaoke. Bilik setakat boleh lelapkan mata.

Hotel di Border Boten (1km selepas immigration Laos )
Area dekat hotel (area free zone antara custom Laos & China)


<6/12>7th Day

Check out hotel, terus ke border china untuk bergambar.
Immigration China @ Boten 
Suhu pagi di Boten sangat sejuk dan berkabus. 

Suhu di pagi hari, 6 degree. sojuk!!






Road to Hotel at Boten border (China)
Target hari ini sampai ke border Thailand (Chiang Kong / Huay Xai) 
Bertolak ke border Laos. Pemandangan sangat cantik. 
Take 5

Singgah di perkampungan dan beramah mesra dengan penduduk Laos



Sampai di border Laos dalam pukul 3 petang. Keadaan lengang. Alhamdullilah urusan mudah.


Bayaran urusan motor : 220 TB

Friendship Bridge (Laos - Thailand)
Urusan di Thailand border juga mudah. seperti di Bukit kayu hitam. 
Jumpa lagi Laos
Bermalam di Chiang Kong. Hotel Fortune River View hotel 
(Coordinate : 20.258141, 100.409443). Tepi sungai Mekong.

Image result for Fortune Riverview Chiang Khong
Sungai Mekong (view dari bilik Hotel)


<info>
Kebanyakkan money changer dia area Chiang Kong / Thailand tidak terima duit Laos (kips).
Jadi, tukar ikut keperluan atau sebelum keluar ke Thailand, elok tukar dulu ke Bath semasa di Laos

<7/12>8th Day

Bertolak menuju ke Phrae melalui route 1020 -> route 192 sejauh 230km kurang lebih. Sampai lebih kurang pukul 4. Nasib kurang baik sebab semua hotel dia bandar Phrae penuh sebab keesokkan hari ada marathon. Semua bilik telah di tempah oleh pelari marathon. Teruskan perjalanan ke Uttaradit. Lebih kurang 80km dari Phrae. Alhamdullilah 
dapat hotel. Barista Hotel Uttaradit. (17.641804, 100.083782)




Lepas magrib, kami ronda ke pasar malam. lebih kurang 1.5 km dari hotel dan juga mendobi baju.


Pasar Malam Uttaradit (17.636377, 100.092291)
Halal restoran tidak jauh dari hotel, lebih kurang 1.1 km. (17.637005, 100.089119)
Kami hanya berehat untuk bermalam untuk sampai ke check point seterusnya.
Boring tunggu baju sampai kering @ coin laundry
<8/12>9th Day


Bertolak menuju ke Tanya Berry. Kami ikut route jalan dalam (gunung). Pemandangan sangat cantik. 

Route 11 > route 2015 > route 1244 > route 1245 > route 1214 > route 1246 > route 1143 > route 2013 > route 12 > route 2196 > Tanya Bery

Breakfast di bilik. Kami masak. Bertolak kurang lebih jam 8. Singgah di Route 11 Coffee house. Nasib kami kurang baik. Kedai buka pukul 10. Bernasib baik ada pekerja perasan kedatangan kami. Dapat la kami beli sticker route 11. 


Route 11 Coffee shop (17.596250, 100.127817)

Dapat gak sticker route 11 
Teruskan perjalanan melalui jalan dalam / gunung.








Layan view cantik sepanjang jalan. 




Singgah di Route 12 coffee shop. Minum coffee, cari sticker. 
Kebanyakkan rider Thailand akan buat pit stop di route 12 coffee shop


Image result for route 12 coffee shop
Route 12 coffee shop (16.790700, 100.986999)





Layan route 12
Route 12 boleh dianggap semacam litar karak bagi rider thailand. 

Selepas berhenti rehat, sambung perjalanan ke Tanya Berry Guest House. 
Tempat ini adalah tempat perkampungan muslim. Kebanyakkan pelawat muslim akan bermalam di sini. Kawasan disini agak sejuk seperti di Cameron Highland. Strawberi adalah salah satu hasil tani di kawasan ini.
F/B : https://www.facebook.com/tanyaberryfarm/posts/tanya-berry-farm/1197449297057119/



Berdekatan dengan Tanya Berry, ada tempat view menarik
 (turbin utk janakuasa - 16.685752, 100.993474)


View dari tempat makan Tanya Berry



(double stand tu..)
Turun dari tengok turbin, kami beli sayur dan barang masak di gerai tepi jalan, masak dalam bilik utk makan malam.


<9/12> 10th Day

Pagi masak sarapan lebih kurang, betolak meneruskan perjalanan ke point seterusnya. Krasiao Dam. Lebih kurang 380km

Route : route 2096 > route12 > route1064 > route117 > route122 > route3319 > route3013 > route333 > route3008 > route4002 > Farm House Resort


Sepanjang perjalanan, kami lalu banyak ladang jagung. Pemandangan cantik. Sampai di tasik Krasiao lebih kurang pukul 3 petang. Alhamdullilah kami jumpa satu motel (Farm House Resort) tepi tasik dan dia sudi terima kami. 

Kami adalah orang Malaysia yang pertama tido di sini. (mungkin sebab tak de stiker orang malaysia tampal di sini)
 Komunikasi semua menggunakan google translate. 



Basically makan kami masak. Tapi owner ni offer nak tolong orderkan lauk dari restoran dekat tasik. Ikan talapia bakar & tomyam & kerabu. Dia faham kami Islam tak makan ayam daging.

Menyelerakan!!



View Krasiao Dam


Santai petang sambil tengok tasik


Lepas makan, sembang sikit kat beranda. minum kopi. pas tu lelap


<10/12>11th Day

Pagi ini, kami hanya masak magee. Betolak menuju ke Erwan National Park.
Perjalanan sejauh 180km melalui jalan gunung dan banyak selekoh dan akan menyeberangi tasik Shinkarin 

Route : 3086 > 3480 > 4041 > Jetty > Tasik > Jetty >  3199 > Andaview hotel

Sedikit kejadian cemas, semasa berhenti rehat di kawasan puncak gunung menuju ke Tasik  Shinkarin, motor Azman tak boleh start. ON kunci pun tiada power. Cuba cari punca. mungkin fius putus. Nasib baik Hj Hidzer bawak buku manual. Alhamdullilah masalah selesai. Main fuse putus( punca fius putus tak pasti)


Cari lokasi fius utama kat buku manual . Bepeluh gak!


Perjalanan berliku. view sangat cantik




view point (14.823121, 99.111023) - view tasik Shinkarin dari puncak
Sebelum sampai ke tasik, jalan agak teruk. tawakkal dan bergantung pada GPS sahaja


Lebih kurang 5 km jalan off road

Tempat masuk ke Ferry, tiada jetty (14.667017, 99.058383) & tempat turun (14.672613, 99.016816)

Sampai di tempat feri. Kebetulan Feri dah ada menunggu. Hanya motor kami sahaja. Harga 50thb / motosikal. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Pemandangan sangat cantik.


Bersiap untuk berlepas 
Layan view lebih kurang 1 jam perjalanan
1st sticker from Malaysian Rider 💪
Plan asal bermalam di hotel terapung dia tasik Shinkarin, tapi kami tak jumpa jalan untuk ke sana. Ubah plan dan bermalam Erwan national park. Motel terapung di tepi sungai.


Andaview hotel (14.350952, 99.176056)

Prepare makan malam 

Motel terapung 

<11/12>12th Day

Masak sarapan. Panaskan makanan baki malam tadi. Kari kambing power makan dengan roti. Bertolak ke Hua Hin. Singgah di Kanchanaburi. Re-visit River Kwai bridge.

Alhamdullilah, masih lagi bertiga dengan hobi yang sama
Berjumpa dengan group 4x4 balik dari Kemboja.


Bersama geng 4x4 Tawau 
Bermalam di Hua Hin.  Rocco Hua Hin Condominium (12.553823, 99.962174). 



Halal stall ( hadapan railway restaurant)
Malam, kami makan di Night market Hua Hin. Halal stall (12.570528, 99.953922 )
Banyak cenderamata dijual disini.

<12/12>13th Day

Pagi ni bertolak ke next point Surat Thani. Apit & Angah terus ke Hatyai. 

Di Surat Thani, kami bermalam di Sabye D Resort@Surat (9.141828, 99.319057)
Hotel agak unik. dalam tasik kecil.
Sabye D Resort
Banyak tempat menarik di sini seperti Koh Lamphu Park (pulau di muara sungai)


Koh Lamphu Park

Highest bridge @ Northern Thailand 
Banyak Halal restoran. 

                               (9.140821, 99.322327)

Sup dia memang sodappp!!
Night Market (9.141917, 99.322416)
Berjumpa dengan Thailand Rider. Pernah datang ke malaysia. Mr. Ton (f/b: Tinnapat Ton Tonflowerrider)

<13/12>14th Day

Bertolak ke Hatyai. Bermalam di Hop Inn  Hatyai. Singgah di Thale Noi Wetlands





<14/12>15th Day

Last day trip, kami bertolak awal dari Hatyai, lepas subuh. Hujan renyai. Pakai baju hujan, keluar terus. dah teringat pintu pagar rumah.



Sarapan di Sadao
Sarapan di Sadao. Kedai berhampiran mesjid. Hanya jual nasi Kerabu. Sedap


Bye2x


Alhamdullilah sampai depan pagar rumah ( 4:30 pm)

<Youtube>
https://www.youtube.com/watch?v=PU2FuvOWerQ


Segala pertanyaan boleh di ajukan ke tel, email di bawah

1.  Lin :             lin_muti@yahoo.com / whatsapp : 016-3231708
2.  A.    Ucop :  papaucop2014@gmail.com / whatsapp : 012-2127032
3.  Hj.Hidzir :    whatsapp : 013-3643138


- End Report -