Sunday, January 6, 2019

Ride To Phu Chi Fa National Park Thailand . Bermotosikal ke Taman Negara Phu Chi Fa Thailand


Ride To Phu Chi Fa National Park Thailand
Bermotosikal ke Taman Negara Phu Chi Fa Thailand

<Peserta>

1.    Mohd Lin - Honda CB500X  (Lin - penulis) 


 2.    Md Yusuf - Honda CB500X (A. Ucop)
     


3.    Datuk Hj Hidzer - Kawasaki Versys 650 (Haji)


                                 



    

<22/12/2019> Sabtu
Bermula dengan Bismillah, aku memulakan perjalanan. Bertolak pukul 4 pagi dan berjumpa A. ucop di RnR Rawang. Full tank di petronas rawang. Subuh di Tapah. Pit stop subuh di RnR Tapah dan top up minyak di RnR Bukit Semanggul.
Memandangkan musim cuti, kami melalui border Durian Burung. Jarak lebih 50km berbanding Bkt Kayu Hitam, tapi jimat masa beratur di imegrasen. Susana agak lengang walaupun musim cuti. Jalan dari border ke hatyai agak lengang. Sesuai untuk rider.

Tiba di Hatyai dalam pukul 4 petang dan checkin di hotel The Train Hotel. Hotel di dalam bangunan Hatyai stesen sebab kami bercadang untuk naik train ke Nakhon Pathom bagi menjimatkan masa perjalanan.
Perjalanan hari ini sejauh 618km.


(Info)
Hotel : The Train Hotel
Rate: 850THB/night double bed
3 star
Coordinate: 7.002863,100.464204
Comment: sangat memuaskan. 5 minit perjalanan ke Hatyai central (area lee garden hotel)
6 jam extend : tambah lagi 300TBH (extend sebab train kami belepas pukul 6:10 petang




Kami hanya park motor berdekatan dengan tempat loading motor di stesen. Harap esok ada kekosongan. Booking tiket untuk kargo hanya boleh dibuat masa hari berlepas.    

        







Malam kami merayau sambil cari makam malam
Ada event Run di hatyai






Balik hotel, pukul 11 malam,  mandi solat dan tidur


<23/12/2018> Ahad

5:10am subuh
Breakfast di kedai makcik depan the train hotel.
Murah cuma 270THB / 4 org makan. Makan sedap. Boleh try. Lauk pun banyak.
Nama kedai : Dapur Muslim 

Mak Som owner kedai makan dapur muslim

*terima kasih banyak pada mak som bagi kami makan free nasi goreng untuk makan dalam train. Semuga di murahkan rezeki mak som dan sihat.





Lepas breakfast, kami uruskan penghantaran motor ke keretapi untuk sampai ke Nakhon Pathom.
Alhamdullilah rezeki kami baik. Ada kosong.


(Tips)
Semalam park motor siap-siap di parking. Pergi pejabat dia untuk free inform kata nak hantar motor esok. Dia akan pesan datang pukul 10 pagi. Pagi ni kami dtg pukul 8. Dia senyum kata ada. Bermalam di the train hotel untuk memudahkan pengurusan kargo motor



Parking motor di depan stesen










Jual muka dengan makcik stesen semalam






<cara menghantar motor dari hatyai stesen>

1.    Tanya dia kaunter kargo ada kekosongan
2.    Jika ada, tanya train no. ( contoh train no.38)
3.    Pergi ke kaunter tiket bagitau nak naik train sama dengan no. kargo (contoh no.38)
4.    Dapat tiket tpt duduk, bawa tiket ke kargo balik untuk beli tiket kargo.
5.    Bawak tiket kargo ke kaunter loding - bayar 100THB utk upah loading
6.    Bawa motor park ke platform train.
7.    Selesai

Cost (kes kami)
Tiket ke Nakhon Pathom 2nd class (katil atas) : 815THB
Kargo motor  ke Nakhon Pathom(CB500/Versys 650 ) : 2680THB/sebuah motor
Loading : 100THB / sebuah motor




Sebelah kiri ada kargo office. Makcik baju kuning adalah kaunter loading. Tempat ni di bahgian platform sebelah dalam.








Makcik kaunter untuk kargo. Baik orangnya











Ram untuk naik masukkan motor ke platform dari parking









Motor siap untuk loading park di platform bila train sampai






(Info masa train ke bangkok)




Boleh guna train no. 172, 42, 38
(Ini train yg sampai bangkok pagi)






Sebelum berlepas, Mak Som bekalkan nasi goreng dan telur dadar. Mak Som bagi free. Semuga rezeki Mak Som murah dah diberi kesihatan yang baik. Amin.


Berlepas dari stesen hatyai pukul 6:30 petang




<24/12/2018> Isnin

Masih lagi dalam train. Train lebih kurang sama macam KTMB

Kami subuh di dalam train

Semalam lebih kurang 5 minit nak belepas, operator train bagitau motor tak boleh masuk train sebab di Nakhon Pathom tak boleh turun. Kalau nak turun mesti di Bangkok. Dia bagi alasan train excident. Lepas tu dia bagi alasan entah apa. Kami amik keputusan terus ke Bangkok. Tiket masih sama.




Nakhon Pathom dalam kenangan 😂






17 jam dalam train.
Note:
Kami tempah katil. Bila pagi dalam pukul 7, operator train akan kemas katil jadi tempat duduk.









Tiba di bankok stesen pukul 11:30, delay dalam sejam dari jadual.
Motor akan diturunkan di platform sama penumpang turun dengan menggunakan forklift. Lepas tu kita akan bawa sendiri ke luar ikut pintu barang sebelah kiri sekali. Masa ini boleh terus keluar tanpa menyerahkan tiket asal.


Motor turun menggunakan forklift
(Masa serah tiket kargo, pekerja akan mintak tips, 20TBH cukup, biasanya 100THB / sebuah motor)








Keluar  dari stesen, setsemua barang dan GPS, bersiap untuk keluar dari Bangkok untuk ke TAK



 .
Memulakan perjalanan pukul 12:30.
Lunch di 7e. Makan burger (halal) dan kopi amazon.

Alhamdullilah perjalanan kami mudah. Hanya buat pusingan U-turn sebanyak 2 kali sebab untuk mengelakkan masuk Hiway (motor tidak dibenarkan masuk Hiway di Bangkok)

Jamak zuhur dan asar di mesjid Chainat

Muhammadeeyah Mosque
19 Thetsaban 5, Tambon Nai Muang, Amphoe Mueang Chai Nat, Chang Wat Chai Nat 17000, Thailand
Koordinat: 15.177220,100.130222

Berdekatan mesjid ada kedai halal. Tapi semasa kami sampai, kedai sudah tutup sebab lewat.


Alhamdullilah dapat berjumpa dengan imam mohamad. Trip kami tahun lepas juga dapat berjumpa imam mohamad. (Rupa paras dan perwatakkan imam mohamad serupa dengan arwah abah. Allah hummarfirlahu untuk abah)
    






Alhamdullilah sampai di hotel dalam pukul 9:00 malam.
Perjalanan sejauh 480km

Stay di Soho Botique Hotel


Rate: 1350THB / bilik /3 bed
SOHO Boutique Hotel Tak-โซโห บูทีค โฮเทล โรงแรมจังหวัดตาก
Kooedinat: 16.878248,99.124378

Dinner di 7e disebabkan kedai halal berdeketan hotel tak ada.
Beli nasi putih dan sambal ikan bilis a. Ucop. Memang enak (lupa nak ambil gambar. Lapar sangat)


<25/12/2018> Selasa

Lepas subuh, hotel ada breakfast free. Tak banyak yang halal. Kopi, telur dan salad.
Tanya pekerja hotel ada mesjid di belakang hotel. Agak susah juga untuk dapat lokasi.
Jumpa imam mesjid, imam sallahuddin. Info dari imam kata tak ada restoran halal. Imam jemput makan. Alhamdullilah rezeki pagi hari

(Info)
Mesjid Al Fattah
Koordinate: 16.877287,99.124496
* lajak kedepan sikit selepas Soho Boutique Hotel dlm 200m, ada lorong kecil  sebelah kiri





 Meneruskan perjalanan ke Doiithanon melalui route 1 dan route 106. Route 106 banyak seleko. 



Banyak juga view menarik sepanjang perjalanan









Singgah di Ladang & Gerai buah mata kucing 
Makan sampai kenyang baru beli sekilo je.


Bayaran masuk, adult 300TBH dan motor 20THB.
Beli tiket di pintu masuk dan serah tiket di check point no. 2
Dari pintu masuk ke highest point lebih kurang 28km. Sepanjang perjalanan banyak tempat air terjun.









Doiithanon adalah national park dan puncak tertinggi di Thailand











Kami bermalam di chalet tepi sawah jalan turun dari puncak Doiithanon.
Nama: tak pasti ( (tak de nama)
Rate: 1200THB/ bilik/3 orang
Koordinate: 18.555901,98.482796



























Dinner malam, kami masak sendiri. Nasi dan kari ayam yoes campur kari paste nyonya melaka

Chef sedang masak kari







Suhu dalam 14 degree. Sejuk. Lepas makan tidur.

(Note)
Kepada sesiapa yang bercadang bermalam di Doitahnon National Park, dinasihatkan bawak sleeping bag atau baju tebal.


<26/12/2018> Rabu

Bertolak keluar dari chalet selepas subuh. Suhu agak sejuk. Ride turun ke bandar Chiang Mai.



Motor Hj Hidzer mengalami kerosakkan gear. Singgah di Kawasaki Chiang Mai.
Pukul 12 baru dapat gerak menuju ke Fhu Chi Fa. Kami tak banyak berhenti rehat memandangkan  perjalanan berliku.


Kami berhenti rehat di pertengahan jalan untuk menunaikan solat dan makan. Singgah di pondok tepi jalan berdekatan sungai.








Alhamdullilah sampai di Fhu Chi Fa pukul 7 setengah malam. Dapat chalet yg agak selesa.


Nama : North Star Resort
Rate: 1500THB/1 bilik/3orang


Koordinate : 19.846003, 100.444761






Malam ni kami masak kari daging tin adabi.







Lepas subuh, bertolak ke puncak Phu Chi Fa, Lebih kurang 5 km dari chalet.
View sangat cantik. Ada awan nano. Untuk sampai ke puncak, kena mendaki sejauh 750 meter dari kawasan parking.









Selepas turun kami ronda di kawasan sekitar








<27/12/2019> Khamis

Bergerak turun ke tempat seterusnya. Bertolak ke Khun Sathan National Park. Jarak sejauh 284km. Jalan berliku. Seperti 1000 koner. Kami sampai di chalet pukul 6. Sempat untuk asar. View sungguh cantik. Ketinggian dalam 1300m. Agak sejuk
Tempat ini ada persinggahan sebelum sampai ke Phu Thap Boek.

Nama: (dalam Bahasa Thailand)
Rate : 800THB/1 bilik/2 orang
Koordinate: 18.27582,100.51214

  







<28/12/2018> Jumaat



Hari lahir Tsaqeef. Semuga menjadi anak yg baik


 Pagi disediakan sarapan. Tapi tidak halal, jadi kami hanya mengambil kopi.
Bergerak menuju ke Phu Thap Buek. Perjalanan sejauh 360km.

Target menuju ke Sirkit Dam untuk menaiki feri melintas tasik. Jika ikut jalan biasa, perjalanan akan bertambah kurang lebih 100km.

 Kedai runcit tempat book feri



(Info)
Tempat jeti motosikal adalah 500m jalan masuk sebelah kiri sebelum signboard PAKNAI’S FISHER MAN VILLAGE. Kita akan jumpa seperti kedai runcit rumah rakit. Boleh tanya di situ untuk tempahan feri. Tambang 1500/motor. Perjalanan mengambil masa dalam 20 minit.
  






Sampai di Phu Thap Boek lebih kurang pukul 5 petang. Jalan berliku dalam 30km sebelum sampai.

Tiket masuk ke national park
Adult : 500/ orang
Motor : 20/sebuah

Di Phu Thap Buek, agak sibuk sebab musim cuti. Chalet yang kami dapat agak mahal

Rate : 2000THB/sebuah/2 orang
Koordinate: 16.89705,101.10716


*kalau bukan peak season lebih murah. Dalam 1200THB






<29/12/2018> Sabtu

Pagi di Phu Thap Buek sangat sejuk dan berkabus disebabkan malam hujan.



Nasib kurang baik. Tayar saya bocor sebab tercucuk paku. Nasib baik Hj Hidzer ada bawa handy pump dan saya ada bawa cacing penampal tayar
Alhamdullilah. Masalah selesai










Suhu agak sejuk, kurang dari 15 degree


Bertolak turun dari Phu thap buek dalam pulkul 9 menuju ke Tanya Berry perkampungan muslim. Jalan menuju le bawah berliku. Sebahgian jalan rosak. Hanya satu lorong di buka.













Singgah di route 12 




Tampal stiker di Route 12 shop . 












Singgah sekejap di windmild

















Than ke Tanya Berry.
Tiba di Tanya Berry dalam pukul 12. Nasib kurang baik semua bilik penuh. Cuma kemah saja masih kosong.

Info
Tanya Berry. (Muslim reasor
Rate: 1000/bilik/2org , 400/kemt)ah/1orang
Koordinate: 16.670847,101.007046














Lunch agak mewah. 520THB





Kami ambil keputusan terus ke LopBuri.
Jarak perjalanan dalam 270km.

Tengah perjalanan singah di mesjid untuk solat


Nama mesjid : ??
Koordinate : 15.90361,101.02827
*depan mesjid ada restoran halal








Singgah di route 21 cafe untuk beli stiker dan berrehat.

Fb : twenty one café



























Sampai di LopBuri pukul 8 malam. Stay di HopInn LopBuri

Info
Hotel: Hop Inn
Rate: 650/bilik/2 katil




Cuci baju di laundry berdekatan hotel. Tapi tak ada dryer. Jemur dalam bilik hotel. (Lokasi boleh Tanya hotel kaunter )







<30/12/2018> Ahad

Di Lop Buri banyak tempat sunflower. Boleh search di google map.
Keyin “sunflower field lopburi”. Banyak tempat boleh pergi.
Kami pergi yg terdekat. Dalam 14km dari hop inn hotel






 Meneruskan perjalanan ke Bangkok. Dalam 160km. Target kami adalah stesen Hwa lampon. Stesen besar Bangkok. Untuk uruskan penghantaran motor ke Hatyai.
Alhamdullilah kargo ada kosong tapi seat penumpang hanya untuk kelas 3 sahaja.
Kami  buat booking untuk 1st class kalau ada cancelation. Alhamdullilah rezeki kami baik. 1 jam sebelum berlepas ada kosong. Kami ambil 2 bilik sekali.

Kami tinggal di hotel berhadapan stesen. Mudah untuk pengurusan motor esok

Hotel : Srikrung Hotel
Rate : 1500/sebilik/3katil





Malam, kami dinner di Arab street berdekatan Nana station.
Kami gunakan train MRT dan BTS.

Dari Bangkok stesen naik MRT sampai di Sukamvit, tukar train BTS  ke Nana stesen.












<31/12/2018> Isnin

Pergi bawak motor ke stesen keretapi untuk prosess penghantaran kargo ke hatyai. Process amat mudah. Parking motor di area platform 11. Ada pondok office berdekatan situ.

Pondok office untuk kargo (berdekatan platform 10,11)
Cara sama dengan di hatyai. Tanya train kargo no berapa ada kosong. Lepas itu, cari tiket penumpang dulu bagitau train yang sama dengan kargo ( contoh: train kami no 37). Dapat tiket penumpang, bawak balik ke kaunter kargo 
bersama passport dan geran motor.




Motor sedia untuk masuk ke train.









Kami betolak dari Bangkok pukul 3:10 ptg dan dijangka sampai Hatyai pukul 8 pagi esok.



Sementara menunggu pukul 3, cari kedai makan halal dekat stesen bangkok.
Ada satu restoran halal. Masuk lorong sebelah kiri 7e , lepas tu belok kiri
Boleh cari di google
















<1/1/2019> Selasa

“SELAMAT TAHUN BARU 2019”

Sampai di Hatyai Station pukul 10 pagi. Kami check in di The station Hotel. Check in untuk 3 jam untuk mandi dan sembahyag. Pukul 1 tengahari, kami bertolak balik ke Malaysia

Sampai di Border Ban Prakob / Durian Burung dalam pukul 5. Keadaan sangat lengang. Tak perlu beratur panjang.

Singgah di Mee Udang Sungai Dua untuk makan dan magrib. Meneruskan perjalanan balik.

Alhamdullilah, sampai di rumah sekitar jam 2 pagi.



Perjalanan sejauh 3653KM
(jimat lebih kurang 2000KM menggunakan train dari Hatyai - Bangkok)



Perjalanan kami banya di bantu oleh GPS dan Google map.








<Nota Kaki>

1.    Perlu bawak pakaian lebih jika tinggal di chalet sebab baju tak kering sebab tak de aircond
2.    Di nationl park banyak sayur seperti kobis. Kalua bawak dressing lagi baik. Boleh makan dengan kobis.
3.    Kebanyakkan di semua national park tidak ada restoran halal selain 7e, bawak makanan dan masak ada di galakkan.
4.    Bawak sleeping bag juga perlu jika bermalam di chalet dalam national park sebab suhu amak sejuk. Kurang daripada 15 degree.
5.    Segala pertanyaan boleh di ajukan ke tel, email di bawah
Lin : lin_muti@yahoo.com / whatsapp : 016-3231708
A.    Ucop : yusof@takahata.biz / whatsapp : 012-2127032
Hj.Hidzir : whatsapp : 013-3643138




-       End Report -