Wednesday, December 17, 2014

Expedisi bermotor EX5 ke Thailand.

Bermotor Kapcai(EX5) to Krabi Thailand
 10/12/2014 – 14/12/2014


<Intro>
Trip kali ini adalahh trip yg aku sendiri tak confident nak buat tapi nak TRY. Berbekal kan sedikit info dari Tiger (yg dah beberapa kali ke Thailand dgn motosikal cc kecil) dan blog, aku buat preparation dah proceed as per plan. Tujuan trip ini juga untuk anak aku, Tsaqeef mendidik mental dalam keadaanyg lebih mencabar utk masa depannya dan samping menimba pengalaman baru sempena cuti sekolah.

Pergi dengan 3 biji motor
1. Aku & anak (tsaqeef) - Honda EX5  100cc
2. Apit  & wife (Jaja) – Honda Wave  110cc
3. Khairi  - Yamaha LC 135cc

Minimum preparation
1.Tukar tayar ke tube less & masukkan sealent agent (ubat tayar)
2.Stanby tong minyak 4 litter (beli di AceHardware)
3. Baju hujan.
4. ubat ubatan
5. Baju persalinan (tido &amp; solat)
6.GPS & Map thailand
7.Wang secukupnya (incase kalu motor rosak boleh balik naik flight) 

10/12/2014 (Rabu)
[10:00 pm]

Bertolak dari rumah (Shah Alam Sek. 7). Sampai di Subang hujan mula turun. Perjalanan perlu diteruskan. Terasa hilang sikit confident utk sampi Krabi. Rasa macam tak masuk akal. Sampai di RnR Rawang berhenti isi minyak. Janji di RnR Rawang utk berkumpul. Dari sini kami start convoi 3 biji motor menuju ke Krabi. Memangterasa jauh sebab pinggang dah mula rasa sengal-sengal. Al maklum selam 3 tahun motor aku EX5 tu aku beli, baru jalan 1500 km. Apa nak kata, tak telajak naik motor, tak kan nak patah balik. Teruskan!!Kami berhenti bila perjalan mencecah 100 km untuk isi minyak.  Rehat tak melebihi 30 minit.

11/12/2014 (Khamis)
[5:00am]

Sampai di Changlun, buat insuran motor  di tempat bas express rehat. Subuh. Untuk buat insuran motor, document yg di perlukan adalah latest Geran motor ori or copy.Yg penting kena ada printed latest road tax date kat pg belakang geran. Lagi satu owner geran kena ada. Kalu tak kena buat surat serah hak milik.Pukul 7 tiba dia imegration malaysia. Masuk terus ke kaunter dengan motor sekali. Sampai dia  imageration Thailand, memula park motor dia sebalah kiri. Ada parking area besar.Bawak insurran, geran motor dan paspport. Ist pegi cop passport. Jangan lupa selitkan 1 RM kat dalam passport. Lepas tu pergi ke kaunter permit motor. Submit geran dan insuran. Kita akan dapat permit . lepas tu antar ke kaunter sebelah dia. Dia akan check. Selesai. Pas tu gi amik motor masuk ikut lorong motor. Aku dia tak tanya apa2x. Lepas cam tu je. Ok la tu.

[8:00 am]

Sarapan dia restoran halal dekat dengan border Sadao. Kalu ke depan sedikit ada mesjid sebelah kiri. Tapi masuk kedalam sedikit. Kalu tak silap ada signboard. Kat situ banyak kedai halal. Aku pun baru tau masa jalan balik. Lepas sarapan, Cari Sim Kad h/p. Teruskan perjalanan sampai ke Krabi. Perjalanan mengambil masa 19 jam termasuk rehat. 12 jam di atas motor. Baki dia tu berehenti rehat, isi minyak dan trafik light. Jarak perjalanan lebihkurang 850km

[5:00 pm]

Tiba dia pantai Ao Nang. Cari hotel. Check in.

12/12/2014 (Jumaat)

Pergi ronda Krabi &amp; pulau &amp; Night market.Night market Krabi hanya di buka pada malam jumaat, malam sabtu dan malam ahad bermual dari jam 6:00 petang.

13/12/2014 (Sabtu)

[9:00]

Selapas bfast, betolak ke Hatyai. Jarak perjalanan dalam 300km. Sampai di Hatyai dalam pukul 3:00. Hujan lebat. Semua hotel penuh. Kansel bermalamdi Haiyai. Sambung perjalanan terus ke Sadao. Sembahayang dia mesjid Sadao. Makan di restoren sekeliling mesjid.. memang sedap. Magrib dia mesjid yg sama. Betolak ke border. Teruskan perjalanan ke Alor Star. Sampaidia Alor Star sekitar 9 malam. Hotel semua penuh. Rezeki dapat home stay.  Rehat.

14/12/2014 

[8:30 am]

Betolak balik. Singgah dia warung berhampiran, bfast. Teruskan perjalanan ke Shah alam.

[4:30 pm]
Sampai di rumah dengan selamat. Alhamdullillah. Total jarak perjalanan mengikut GPS aku adalah 1887km

Nota:
Satu pengalaman yang sangat berharga utk aku dan Tsaqeef.








Wednesday, October 29, 2014

Gunung Kinabalu via Timpohon



Gunung Kinabalu via Timpohon

12/9/2014 – 16/9/2014



<Intro>

Expedisi kali ini adalah xpdc kali ke 3 utk aku ke puncak Kinabalu. Tapi trip kali ni adalah kali pertama aku akan gunakan laluan Timpohon. Kali ini, kami pergi seramai 11 orang. Cip, aku, adik, Paidz, Nik, Gayat, Mek, Sue, Jina, Jekek, Capt Haris. Paling tua 47 tahun dan paling muda 27 (kalau tak silap). Agak terkilan sedikit kerana Apit tak dapat join sebab takdapat turun dari kapal. So tempat Apit di ganti oleh Captain Haris. Satu lagi new face dlm group ini adalah Jekek (orang kampung aku). Ini adalah pegalaman pertama utk Jekek panjat Kinabalu dan jugak panjat gunung selain bukit. Broga. (sekali je panjat bukit broga utk trainning)



12/9/2014 (Jumaat)

Kami berkumpul di KLIA2. Sebelum subuh lagi kami sudah berada di airport. Subuh dia KLIA2. Surau agak selasa, besar dan cantik. Sebahgian datang dari kajang naik train. Aku datang dari Shah Alam. Kami betolak dengan 2 trip flight. Jekek je sorang je naik 2nd flight. Disebab kan dia first time naik flight, takut jugak dia tak sampai KK. Alhamdullillah dia sampai.Kami keluar dari airport KK dalam pukul 11 sengah.

Book kereta sewa dengan pak abu. 2 biji Avanza utk 11 orang + back pack.. perh!! Agak macam sardin. Nak buek cam ce.. low cost travel. Avanza sewa 150rm/day. Ok la tu. Dari airport terus ke Kinabalu Park. Singgah makan kat PutraJaya kat kedai goreng pisang seposen. On the way menyinggah banyak tempat sambil makan buah. Lupa la nama tempat tu. Durian dia memang mabeles. Sampai di KK park pukul 5. Terus register. Smooth . Sembahyang jamak zuhor-asar sekali. Cuaca agak sejuk. Tidur dia KK park . Kereta parking sampai hotel. Tu kelebihan sewa keta sendiri. Pergi dinner pun boleh naik keta. So tak perlu jalan kaki. Dinner pukul 6 sengah. Agak mewah menu dia. Siap ada kambing semua. Sebelum tidur pack barang yang perlu untuk bawak naik puncak. Yang tak perlu kami tinggal di dalam kereta sewa.

Ding-dong kami tidur dalam pukul 11 sengah. (sebelum tidur telan pil AMS dulu)




 @KLIA2
 otw to KK park (belakan tu G. Kinabalu)

13/9/2014 (Sabtu)



[5:00am]

 Bangun, solat subuh. Kemas mana yang perlu



 [6:30]

Check out. Sarapan di KK park. Kami stanby tuperware. Untuk tapau sedikit makan utk trekking. (kami tapau menyorok-nyorok). Sebenarnya kami di bekalkan lunch pack. (sendwich, apple, air mineral). Tapi cam tak cukup.(nafsu je sebenarnya.yang kami tapau tu pun sebenarnya kami tak makan)



[8:30]

Berkumpul di depan office KK park menunggu guide. Guide kami kali ni adalah special request sendiri dari Gayat. Henry dan Saparin. Henry adalah guide kami tahun lepas. Memandangkan trek record yang baik (sanggup melaya Mek Cha jalan cam itek), tahun ini kami request KK park (sutera) untuk guna Henry dan Saparin jadi guide kami. Betolak ke Timpohon Gate mengunakan van KK park. (sudah termasuk didalam package). Park kereta sewa di KK Park.





[9:45]

Setelah buat warmup dan doa (diketuai oleh guide saparin) kami bertolak memulakan pendakaian. Capt, adik, Faidz, Nik group laju. Aku, Jekek, Jina, Sue, group average. Cip, Gayat, Mek group slow. Disebab dah tak larat melayan tangga, nak berselfie pun tak larat. Nak senyum dengan orang yang turun pun tak larat. Layan tangga selagi mampu. 
                                      @start point timpohon gate


  [12:30]

Tiba di layang-layang. Jumpa Paidz dan Nik  dah nak bergerak. Adik dan Capt dah lama kedepan. Mungkin dah sampai Laban Rata. Berehenti rehat. Lunch. Suhu agak sejuk. Alt : dlm 2000 meter. Aku berempat pun tak berenti lama. Contek cip guna walkie talkie.. dia pun tak berapa jauh. Dalam 1.5 km kat belakang. Sambung lagi perjalanan. Lagi 2 km untuk sampai Laban rata. Perasaan nak tido kat trek pun ada. Layan selagi larat. Aku tinggalkan Jekek, Sue, Jina. Sue dan Jina agak tak larat. Jekek tolong bawak kan bag. Nasib baik abang Jekek jadi penyelamat. Macho la abang Jekek.




@layang-layang junction
[3:30]

Tiba di Laban Rata. Kami lepak di dalam restoran sementara kaunter di buka. Kaunter buka dari pukul 4:30 hinga 7:00.  Cip, Gayat & Mek tiba dalam pukul 5:00. Kami melantak sampai pukul 6:30. Bilik kami di Gunting Lagadan. Dalam 500m dari Laban Rata (restoran) . Tepaksa memanjat tangga lagi lebih krg setengah jam. Basically kami jimat setengah jam utk esok pagi bila start mendaki ke puncak.

Restoran Laban Rata





14/9/2014 (Ahad)



[1:30]

Bangun pagi. Bersiap. Masak maggee cup. Sebelum bertolak, guide saparin bagi sedikit breifing.



[2:45]

Start trekking menuju ke puncak. Cuaca agak baik. Tidak hujan. Masa first time dulu, sampai puncak dalam pukul 5 pagi. Tak dapat menikmati pemandangan dia atas sebab suasanan gelap lagi. So kali ni aku slowkan speed, target sampai hari dah cerah. Utk pemandangan sunrise, cantik di lihat di km 8 – km 9 . bukan di puncak.



[5:30]

Berhenti solat dia km 7.5 lebih kurang. Aku bawak sedikit air spray utk air sembahyang.



[6:30]

Tiba di puncak. Alhamdullilah. Cuaca sangat cantik. Walau pun kali ke dua aku jejak puncak, rasa macam 1st time.


 Low`s Peak


 oyayubi

[7:30]

Bergerak turun ke Gunting Lagadan.



 [9:00]

Sampai Gunting Lagadan, berkemas, turun ke Laban rata untuk breakfast.



[11:00]

Bergerak turun ke Timpohon Gate. Pergerakkan agak lambat sedikit disebabkan Aku & Jekek sakit kaki.



[4:30]

Tiba di timpohon gate. Rehat sebentar dan ambil teksi ke KK park. Sampai di sana, Nik sudah tapaukan makanan untuk kami. Cip, Mek dan Gayat sampai dalam 6 : 30. Bersiap dan betolak ke hotal Marina Resort di KK town.



[9:00]

Check In Marina Resort. Bersiap mandi & solat. Keluar makan di food court bersebelah pasar manila di kedai makcik biasa.



-Misi Selesai-



Esok hari – pergi gi Tip of Borneo. (day trip by keta sewa)

Tuesday, October 28, 2014

XPDC Gunung Korbu & Gunung Gayong


XPDC Gunung Korbu & Gunung Gayong  
 22/Oct – 24/Oct 2014 (3D2N)
 
Trip kali ni no plan habis punya trip. Plan asal ke Chamah. Di sebabkan tak cukup korum, tuko ke CBL, tapi di sebabkan CBL bukan G7, dan kebetulan ada kawan gi Korga , Kami berempat, A.ucop, aku, Apit & Jekek fix ke Korga. Kami menumpang guide dari group lain.

Untuk masuk ke start point, guide amat penting untuk mendapat kebenaran masuk melalui gate empangan yg di kawal oleh Jabatan Air/empangan.

Betolak dari shah alam pukul 12:00 tgh malam. Sampai di mesjid Taman Bercham pukul 2:30 pagi, bentang camp bed terus tidur. Pukul 5:00 pagi dah bangun sebab di kejut dgn bunyi motor Pak Imam. AJK mesjid amat supportive kepada pendaki. Mereka galakan pendaki tido di dalam mesjid dan berniat ikhtikaf.

1st day perjalanan agak santai. Bermula dari empangan. Jalan agak landai dan menaik sedikit. Menyeberangi lebih kurang 7 kali sungai. Sungai agak cetek dan boleh seberang tanpa buka kasut. (Cuma satu sungai kena bukak kasut sebab tak de batu utk loncat).
Sampai di Air Terjun Batu Besar sekitar jam 12. Lunch. Sambung mendaki, trek agak mencanak (bukit penat) sebelum tiba di Kem Seroja sekitar pukul 2. Kem agak luas , kering dan berdekatan dengan sungai. Kami meneruskan perjalanan dan melalui  trek lebih mencanak ( bukit terlalu penat) dan trek menaik dan menurun sebelum sampai ke Kem Kijang. Kawasan Kem Kijang agak sempit dan berakar. Bersebelahan dengan sungai. Kami bermalam dia sini utk 1st malam.

2nd day perjalan agak mencanak . Sampai last water point. air terjun kecil.  Ambil 3 liter lebih kurang utk 2nd night di Puncak Korbu. Trek dari LPW ke Bukit Botak agak mudah walaupun menaik. Selepas Bukit Botak ke Puncak Chuban, trek agak mencabar. Banyak akar dan trek menaik & memanjat. Sama juga trek dari Puncak Chuban ke Puncak Korbu. Ada tempat terpaksa memanjat menggunakan tali. Ada 3 tempat terdapat tangga aluminium.
Tiba di puncak sekitar pukul 2 lebih. Dirikan kemah, lunch & solat. Meneruskan perjalanan ke Puncak Gayong. Trek agak mudah. Memula menurun dan menaik. Mengambil masa lebih kurang 2 jam. Tiba di Puncak Korbu balik sekitar jam 8:30 malam.

3rd day, 9:00 pagi kami start trekking turun, tiba di Kem Seroja jam 2:30, solat & lunch. Sambung perjalanan dan sampai di start point sekitar jam 6:30 petang.
Misi selesai dengan selamat. Alhamdullilah.
 

 air terjun Batu Besar
 Kem Seroja
 Puncak Botak
 Puncak Chuban
 Puncak Korbu
 Puncak Gayong