Wednesday, December 17, 2014

Expedisi bermotor EX5 ke Thailand.

Bermotor Kapcai(EX5) to Krabi Thailand
 10/12/2014 – 14/12/2014


<Intro>
Trip kali ini adalahh trip yg aku sendiri tak confident nak buat tapi nak TRY. Berbekal kan sedikit info dari Tiger (yg dah beberapa kali ke Thailand dgn motosikal cc kecil) dan blog, aku buat preparation dah proceed as per plan. Tujuan trip ini juga untuk anak aku, Tsaqeef mendidik mental dalam keadaanyg lebih mencabar utk masa depannya dan samping menimba pengalaman baru sempena cuti sekolah.

Pergi dengan 3 biji motor
1. Aku & anak (tsaqeef) - Honda EX5  100cc
2. Apit  & wife (Jaja) – Honda Wave  110cc
3. Khairi  - Yamaha LC 135cc

Minimum preparation
1.Tukar tayar ke tube less & masukkan sealent agent (ubat tayar)
2.Stanby tong minyak 4 litter (beli di AceHardware)
3. Baju hujan.
4. ubat ubatan
5. Baju persalinan (tido &amp; solat)
6.GPS & Map thailand
7.Wang secukupnya (incase kalu motor rosak boleh balik naik flight) 

10/12/2014 (Rabu)
[10:00 pm]

Bertolak dari rumah (Shah Alam Sek. 7). Sampai di Subang hujan mula turun. Perjalanan perlu diteruskan. Terasa hilang sikit confident utk sampi Krabi. Rasa macam tak masuk akal. Sampai di RnR Rawang berhenti isi minyak. Janji di RnR Rawang utk berkumpul. Dari sini kami start convoi 3 biji motor menuju ke Krabi. Memangterasa jauh sebab pinggang dah mula rasa sengal-sengal. Al maklum selam 3 tahun motor aku EX5 tu aku beli, baru jalan 1500 km. Apa nak kata, tak telajak naik motor, tak kan nak patah balik. Teruskan!!Kami berhenti bila perjalan mencecah 100 km untuk isi minyak.  Rehat tak melebihi 30 minit.

11/12/2014 (Khamis)
[5:00am]

Sampai di Changlun, buat insuran motor  di tempat bas express rehat. Subuh. Untuk buat insuran motor, document yg di perlukan adalah latest Geran motor ori or copy.Yg penting kena ada printed latest road tax date kat pg belakang geran. Lagi satu owner geran kena ada. Kalu tak kena buat surat serah hak milik.Pukul 7 tiba dia imegration malaysia. Masuk terus ke kaunter dengan motor sekali. Sampai dia  imageration Thailand, memula park motor dia sebalah kiri. Ada parking area besar.Bawak insurran, geran motor dan paspport. Ist pegi cop passport. Jangan lupa selitkan 1 RM kat dalam passport. Lepas tu pergi ke kaunter permit motor. Submit geran dan insuran. Kita akan dapat permit . lepas tu antar ke kaunter sebelah dia. Dia akan check. Selesai. Pas tu gi amik motor masuk ikut lorong motor. Aku dia tak tanya apa2x. Lepas cam tu je. Ok la tu.

[8:00 am]

Sarapan dia restoran halal dekat dengan border Sadao. Kalu ke depan sedikit ada mesjid sebelah kiri. Tapi masuk kedalam sedikit. Kalu tak silap ada signboard. Kat situ banyak kedai halal. Aku pun baru tau masa jalan balik. Lepas sarapan, Cari Sim Kad h/p. Teruskan perjalanan sampai ke Krabi. Perjalanan mengambil masa 19 jam termasuk rehat. 12 jam di atas motor. Baki dia tu berehenti rehat, isi minyak dan trafik light. Jarak perjalanan lebihkurang 850km

[5:00 pm]

Tiba dia pantai Ao Nang. Cari hotel. Check in.

12/12/2014 (Jumaat)

Pergi ronda Krabi &amp; pulau &amp; Night market.Night market Krabi hanya di buka pada malam jumaat, malam sabtu dan malam ahad bermual dari jam 6:00 petang.

13/12/2014 (Sabtu)

[9:00]

Selapas bfast, betolak ke Hatyai. Jarak perjalanan dalam 300km. Sampai di Hatyai dalam pukul 3:00. Hujan lebat. Semua hotel penuh. Kansel bermalamdi Haiyai. Sambung perjalanan terus ke Sadao. Sembahayang dia mesjid Sadao. Makan di restoren sekeliling mesjid.. memang sedap. Magrib dia mesjid yg sama. Betolak ke border. Teruskan perjalanan ke Alor Star. Sampaidia Alor Star sekitar 9 malam. Hotel semua penuh. Rezeki dapat home stay.  Rehat.

14/12/2014 

[8:30 am]

Betolak balik. Singgah dia warung berhampiran, bfast. Teruskan perjalanan ke Shah alam.

[4:30 pm]
Sampai di rumah dengan selamat. Alhamdullillah. Total jarak perjalanan mengikut GPS aku adalah 1887km

Nota:
Satu pengalaman yang sangat berharga utk aku dan Tsaqeef.