Saturday, September 26, 2015

Ekpedisi Kapcai to Thailand (Krabi & Phuket)

Tarikh : 12 Sept - 16Sept 2015
Ahli :
        A. Ucop (Yamaha LC135cc)
        Aku (Yamaha LC135cc)
        Angah Khairi ( Yamaha LC135cc)
        Apit & Jaja ( Honda PCX150cc) bonceng berdua.




<intro>
Ini merupakan trip ke 2 kami ke sana. Tahun lepas aku menggunakan jentera Honda EX5 100cc bersama tsaqeef (anak laki aku) bonceng di belakan. Tapi kali nie aku single ride sahaja.
Kali ini juga, kami lajakkan trip  hingga ke Phuket.
Trip kali ini adalah Rumah (shah alam) ->Bkt Kayu Hitam ->Krabi -> Phuket
Total jarak sejauh 2102km (dari mileage motosikal).
Kos petrol sebanyak 133 RM (61RM + 604 THB).

11/9 (Jumaat)

Sekembali dari opis berkemas lebih kurang. Kurang lebih pukul 10:00 p.m aku bertolak dari rumah shah alam. Kami berkumpul di R&R rawang. Memulakan perjalanan kami kurang lebih pukul 11:30 p.m. Hanya berhenti berehat dia R&R untuk isi minyak dan toilet. (lebih krg 15 minit)
Angah kehabisan minyak sebelum R&R Gurun (lagi 500m nak sampai). Mujur kami ada bawa minyak spare lebih krg 1 liter jika terdesak)
Memandangkan kami berjalan terus menerus, speed motor kami hadkan antara 90 ke 110km/h sahaja.

12/9 (sabtu)

<5:00 a.m>  sampai di Changlun. singgah dia kedai buat Insuran motor. selepas selesai. kami bersembahyang subuh dia mesjid Changlun. sempat bermakmum dengan imam.
Meneruskan perjalan ke CIQ Bkt Kayu Hitam terus ke Imigeration Sadao. Imieration Sadao agak lengang. Alhamdullilah. Cop Passport & Buat Permit Motor
Singgah Di mesjid Sadao. A.ucop mandi . Sarapan nasi Kerabu dia warung sebelah mesjid. Agak sedap.

Menerukan perjalanan sambil mencari sim kad Thailand. Kami jumpa di kedai agak jauh dari sempadan. lebih kurang 15km dari sempadan. (kedai sama dgn tahun lepas)

<12:00 tghari>  Lagi 60 km ke Phatlong. berhenti di stesen minyak. disebabkan terlalu mengantuk memandangan dah lebih 24 jam tak tido. kami terlelap seketika dia wakaf setesen minyak lebih krg 30 minit.. lega gilos. minum air kelapa sikit bagi segar.

lena dia buai mimpi..(30 minit je)

Meneruskan perjalanan sampai di Phatlong. Singgah di Mesjid Pathlong. Jamak zuhur asar.. Mesjid ni agak kecil. tapi nampak anak-anak berkumpul untuk belajar agama. Makan dia warung berdekatan dengan mesjid.. Memang mabeles tomyam dia. tak pernah jumpa rasa macam nie di Malaysia.
Warung dia lebih kurang 10m dari mesjid.

 Mesjid Darul Islam Phatthlung 
(N 7.617068, E 100.086192)



Warung berdekatan Mesjid. Sila try makan dia. memang terbaik!!


Meneruskan perjalanan melalui Trang. Kami tak lalu pekan Trang. Kami melalui ByPass Trang. 5km lebih jauh. tapi tak de trafik light. so masa lebih cepat. ByPass nie kena belok kanan sebelum sampai pekan Trang. Ada signboard besar tulis Trang ByPass.

<5:00 p.m> Sampai di Ao Nang Beach. Terus check in di Ao Nang President Hotel.
1050 THB /night utk 3 bed. Murah sebab bukan peak season. Malam, kami makan di warung tepi jalan sepanjang jalan ao nang beach. sedap dan murah. (jgn makan di dalam kedai sebab mahal dah tak sedap. - pengalaman taun lepas.)

13/9 (Ahad)
Pagi kami bfast dia Hotel. Hotel ini menyediakan makanan halal. Semua pekerjanya adalah muslim.
Bersiap untuk ke Pulau. Kali nie kami ke Hong Island (taman negara) so selain dari kos sewa boat (2800THB) kita perlu membayar 300THB utk masuk ke pulau itu.. Pemandangan memang berbaloi. Dan tak ramai orang. Pantai Pasir yang putih dan ikan berkeliaran di tepi pantai.

 Jeti masuk ke Pulau. Renjer berada di hujung jeti. so kita akn bayar 300THB ke renjer.

Ikan berkeliaran (husss.. memang chantek!! kalu bagi roti.. menderu-deru ikan datang.)

Pasir pantai yg gebu.



Kembali ke Darat dalam pukul 2:00 ptg. Balik hotel. solat.
Keluar mencari warung tepi jalan kampung.. memang mabeles masakkan dia. lepas tu kami pusing2x cari goreng pisang. jumpa salad mangga. dsb.. beli bawak tepi pantai.. perh.. memang bahgia la..

pusing2x cari makan.. makan tepi pantai..

Pergi ke pasar malam Krabi.. lebih kurang 15km dari Ao Nang beach.
makam di sana.. ikan bakar, kerabu. .. macam-macam..banyak makanan halal.
Balik bilik.. tidur.

14/9 (isnin)
<9:00 a.m> Bersiap dan memulakan perjalanan ke Phuket. Jalan Krabi - Phuket agak luas dan cantik. Perjalanan sejauh lebih kurang 200km. Sampai di Phuket lebih kurang pukul 1:00. Singgah di Honda service center. Tukar minyak untuk Honda PCX Apit. Lepas tu ke Service Yamaha utk LC kami 3 biji. selesai dalam pukul 3. Meneruskan perjalanan ke Patong Beach. Terus check in hotel. 1500 THB/day. Kami stay satu malam. Baramee Hotel.. 500m dari Patong Beach.

Di Depan Hotel sebelum memulakan perjalanan balik.

Pergi ronda-ronda Patong Beach. Makan di restauran dekat Patong Beach. Rasa ala kadar. Kurang sedap.

Sebelah malam.. kami pergi makan di warung tepi pantai.. tapi agak lewat. kebanyakkan sudah tutup.
Kami makan di area Kamala (kalu tak silap) area kampung.. kalu dari Patong.. sebelah kiri di trifik light yg ada 7e.




alamat kedai : Kamala 8 Tambon Kammala, Amphoe Kathu, Chang Wat Phuket 83120, Thailand






15/9 (selasa)
 <9:00 am> bertolak balik . target bermalam di Hatyai. Nasib tak berapa baik. 50km
dari Phuket. aku jatuh bodoh kat trapik light. tangan kiri langsung tak boleh angkat. bawak motor pakai tangan kanan. Kensel bermalam di Hatyai. Teruskan perjalanan ke Changlun. Bermalam dia Changlun di Hotel budget. 1 bilik 3 katil 80RM. Ok.


Bergambar dia jambatan besar Phuket


16/9 (rabu)
Meneruskan perjalanan balik sampai ke shah alam (lebih kurang pukul 3:00 pm)
Misi selesai.

Penutup
1. Perjalanan lebih mudah disebabkan kali kedua.
2. Tidak dapat ronda2x Phuket. Tahun depan kena repet lagi sekali .. maybe direct terus ke Phuket.
3. Utk perjalanan yg lebih selesa, better bermalam dia Changlun semasa pergi.
4. Motor LC memang sesuai utk long distance.. so tak perlu motor besar.

<nota>
selepas sehari di rumah.. tangan aku rasa lain macam. pegi jumpa doctor.. rupanya tulang lengan retak. alhamdulillah dapat bawak motor sejauh 1000km dengan tangan sebelah. syukur kepada allah.


Saturday, January 10, 2015

Misi Bantuan Banjir Kelantan Jan 2015



MISI BANTUAN BANJIR KE KELANTAN 2014/2015


31/12/2014 – 04/01/2015


<Intro>


Misi ni merupakan misi sukarela untuk bantuan kemanusiaan ke Kelantan yang sedang menghadapi musibah banjir luar biasa. Misi ini disertai 16 buah 4x4. Kami membawa bantuan seperti beras, makanan kering, makanan segera, air mineral dan juga pakaian untuk disampaikan kepada mangasa secara terus, tidak melalui pusat pengumpulan(pusat pemindahan). Target mangsa adalah mereka yang baru sahaja kembali ke rumah masing-masing dimana tidak mempunyai sembarang makanan dan keperluan asas untuk memulakan hidup baru selepas kembali dari pusat pemindahan.

 


<Peserta 4x4>


1.Mozariman (Pajero)


2.Abg Lan LC (Land Cruser)


3.Saya (Mohd Lin) (Pajero Sport)


4.Faidz (HiLux)


5.Abg Ucop (Pajero)


6.Shahrul (Pajero 1JZ)


7.Abg Din BJ (BJ)


8.Suhaizi ( )


9.Nizam (Storm)


10.Tiger (Hilux)


11.Stick (Hilux)


12.Zaidi (LR)


13.Aidi (Navara)


14.Botak (Navara1)


15.(Navara2)


16.(Navara3)


Setiap keta juga disertai oleh co-pilot memasing, Gayat, MekCha, Yeen, Hazey, Zack, Paman (pakcik jaja) dan lain-lain (maaf tak ingat semua nama mereka)


Memandangkan tempat yang hendak dituju tidak mempunyai sembarang kemudahan, kami membawa sendiri segala makan, kemah, minyak spare utk kenderaan dan air.


Kereta Nizam (Storm) hanya ditugaskan untuk membawa minyak spare.


 


31/12/2014 (Rabu)


[11:30 pm]


Setelah selesai mengloading barang ke powil memasing, kami memulakan perjalan menuju ke Kelantan. Target pertama kami adalah ke Tumpat melakui Gua Musang – Kuala Krai – Tumpat.


 


01/01/2015 (Khamis) – Selamat Tahun Baru 2015!!


Subuh di Petronas Kecai. Sempat mem`buang` dengan air yang sedikit.


[8:00 am]


Bersarapan di warung sebelum sampai ke Gua Musang.


Sampai dia Gua Musang, kami memasuk ke bandar lama (area setesen keretapi). Suasana agak menyedihkan. Walaupun air sudah surut, kesan banjir menunjukkan sebahgian besar bandar Gua Musang ditengelamai air.


Sambung perjalanan ke Kuala Krai, Manik Urai hingga ke Tumpat.


Suasana di Kuala Krai dan Manik Urai tidak dapat digambarkan. Terlalu dasyat utk diceritakan. Mungkin seperti di landa Tsunami. Banjr yang telalu besar dan arus yang terlalu kuat menyebabkan sebahgian rumah hanyut. Yang tinggal hanyalah binaan batu seperti tangga dan tiang.


[4:00 pm]


Tiba di Tumpat. Kami menuju ke kampung Kelong. Menurunkan barang-barang bantuan dia Mahaad Tahfiz (Pusat Islamiah Asahabul Mustafa). Sekitar Kampung Kelong ni agak teruk dia landa banjir tetapi kurang mendapat bantuan mungkin semua bantuan tertumpu ke Kuala Krai dan Manik Urai.


Pelajar mahaad tahfiz membantu membahagikan barang dalam bentuk pack bagi memudahkan pembahgian.


02/01/2015 (Jumaat)


[10:00 am]


Bersama pelajar mahaad tahfiz, kami menuju ke sekitar kampung Kelong membahgian bantuan. Dianggarkan terdapat 150 buah rumah terjejas banjir, tetapi kami hanya dapat membahagikan sebahgian saja disebabkan kekurangan barang bantuan. Apapun niat untuk membantu tercapai. Alhamdullilah.


Disebabkan barang untu dibahagikan telah habis, kami meneruskan misi kami ke Kuala Krai untuk membantu mengagihkan barang bantuan yg terkumpul dipusat pengumpulan di sana. Permintaan adalah dari pihak bomba Kuala Krai. Mereka tidak mempunya kelengkapan kenderaan yg sesuan untuk ke kampung Dusun Nior untuk menyampaikan bantuan kerana jalan terlalu teruk (berlumpur dsb)


 


Di Kuala Krai, kami berjumpa dengan Ustaz Sam, Kordinator NGO di Kuala Krai, Kami bermalam dia Mesjid Guchil. Keaadaan dia mesjid, masih terdapat beberapa keluarga berkampung. Pengunaan air sungguh terbatas.




03/01/2015 (Sabtu)


[9:00 am]


Pergi ke Balai Bomba Kuala Krai bersama penunjuk arah oleh ketua pemuda mesjik Guchil aka Firdaus aka “BEBIRD”. Loading barang (air, biskut, pakaian, pampers) dan menuju ke kampung Dusun Nior.


Keadaan jalan agak teruk berlumpur. Berjumap dengan satu group berpatah balik disebabkan jalan terlalu teruk. Kami nekad masuk dengan mengunakan powil a. Ucop, Nizam ngan Lin (pajero 1JZ). Kami berjaya sampai dia sana. Suasana sangat menyedihkan. Terdapat 23 keluarga. Semua rumah musnah. Mereka telah 3 hari pulang ari atas bukit. Tapi selama 3 hari hanya tidur beratapkan bintang dan bulan. Mujur tidak hujan. Hanya gambar sahaja yang dapat menceritakan semua


Segala bantuan kami letak di sini.




Pulang ke Mesjid Guchil, berkemas dan bertolak pulang ke Selangor.




04/01/2015 (Ahad)


[01:30].


Selamat sampai di rumah Shah Alam




<Nota>


Satu pengalaman yang sangat berharga untuk kita lebih peka pada sahabat-sahabat yg mengalami kesusahan dan untuk menginsafi diri.




Terima kasih kepada Staff Denso Malaysia dan juga yg lain yg memberikan sumbangan kewangan dan barang untuk kami sampaikan kepada mangsa dan sedikit untuk kos kami ke sana.


Terima kasih sekali lagi semuga segala niat baik kalian mendapat balasan yang setimpal dari Nya.