Tuesday, October 28, 2014

XPDC Gunung Korbu & Gunung Gayong


XPDC Gunung Korbu & Gunung Gayong  
 22/Oct – 24/Oct 2014 (3D2N)
 
Trip kali ni no plan habis punya trip. Plan asal ke Chamah. Di sebabkan tak cukup korum, tuko ke CBL, tapi di sebabkan CBL bukan G7, dan kebetulan ada kawan gi Korga , Kami berempat, A.ucop, aku, Apit & Jekek fix ke Korga. Kami menumpang guide dari group lain.

Untuk masuk ke start point, guide amat penting untuk mendapat kebenaran masuk melalui gate empangan yg di kawal oleh Jabatan Air/empangan.

Betolak dari shah alam pukul 12:00 tgh malam. Sampai di mesjid Taman Bercham pukul 2:30 pagi, bentang camp bed terus tidur. Pukul 5:00 pagi dah bangun sebab di kejut dgn bunyi motor Pak Imam. AJK mesjid amat supportive kepada pendaki. Mereka galakan pendaki tido di dalam mesjid dan berniat ikhtikaf.

1st day perjalanan agak santai. Bermula dari empangan. Jalan agak landai dan menaik sedikit. Menyeberangi lebih kurang 7 kali sungai. Sungai agak cetek dan boleh seberang tanpa buka kasut. (Cuma satu sungai kena bukak kasut sebab tak de batu utk loncat).
Sampai di Air Terjun Batu Besar sekitar jam 12. Lunch. Sambung mendaki, trek agak mencanak (bukit penat) sebelum tiba di Kem Seroja sekitar pukul 2. Kem agak luas , kering dan berdekatan dengan sungai. Kami meneruskan perjalanan dan melalui  trek lebih mencanak ( bukit terlalu penat) dan trek menaik dan menurun sebelum sampai ke Kem Kijang. Kawasan Kem Kijang agak sempit dan berakar. Bersebelahan dengan sungai. Kami bermalam dia sini utk 1st malam.

2nd day perjalan agak mencanak . Sampai last water point. air terjun kecil.  Ambil 3 liter lebih kurang utk 2nd night di Puncak Korbu. Trek dari LPW ke Bukit Botak agak mudah walaupun menaik. Selepas Bukit Botak ke Puncak Chuban, trek agak mencabar. Banyak akar dan trek menaik & memanjat. Sama juga trek dari Puncak Chuban ke Puncak Korbu. Ada tempat terpaksa memanjat menggunakan tali. Ada 3 tempat terdapat tangga aluminium.
Tiba di puncak sekitar pukul 2 lebih. Dirikan kemah, lunch & solat. Meneruskan perjalanan ke Puncak Gayong. Trek agak mudah. Memula menurun dan menaik. Mengambil masa lebih kurang 2 jam. Tiba di Puncak Korbu balik sekitar jam 8:30 malam.

3rd day, 9:00 pagi kami start trekking turun, tiba di Kem Seroja jam 2:30, solat & lunch. Sambung perjalanan dan sampai di start point sekitar jam 6:30 petang.
Misi selesai dengan selamat. Alhamdullilah.
 

 air terjun Batu Besar
 Kem Seroja
 Puncak Botak
 Puncak Chuban
 Puncak Korbu
 Puncak Gayong


1 comment:

  1. TEBING TINGGI BACKPACKER(fb) TTB
    KHIDMAT GUIDE GUNUNG(TG 9024)
    MENGURUSKAN:
    -Permit perhutanan
    -laporan polis
    -khidmat nature guide berlesen
    -kit perubatan (asas)
    -walkie talkie
    -4×4 services(return)

    ANDY
    017-9997790
    call/whataps/sms

    ReplyDelete