Gunung
Berhid-Yongyap-Bubu-Toknenek
29/8/2014 – 01/9/2014
<Intro>
Trip kali ini adalah
pengalaman pertama aku mengikut group lain yg di organize oleh Sham Castello.
Di sebabkan aku sudah biasa dengan kelengkapan alat dan makan sendiri, trip
kali ini juga aku bawak & masak sendiri walaupun hanya aku sorang saja yg
masak sendiri. Jumlah perserta termasuk guide seramai 29 orang.
28/8/2014 (Khamis)
Bertolak dari Shah Alam
bersendirian ke Mesjid kampung Raja. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3.5
jam. (kena saman AES di sekitar Tanjung
Malim, 125km/j) Sampai di kampung Raja lebih kurang 1:30. Beberapa orang
peserta sudah berada dia parking mesjid Kg. Raja. Berkenalan, berbual lebih
kurang, aku pun melelapkan mata di dalam kereta.
29/8/2014 (Jumaat)
[5:30am]
Sempat subuh bersama imam mesjid. Selepas
solat. Kelihatan ramai lagi yg masih tidur, bersiap di sekitar lobi mesjid.
Mesjid ini sangat usefull utk pendaki membuat persiapan. Facilities seperti
toilet, wakaf , meja dan juga balai (macam utk kenduri kawin) juga dia sediakan
utk pendaki meletakkan campbed) . Terima kasih kepada pihak mesjid kerana
memahami keperluan para pendaki. Kepada para pendaki, kalu ada rezeki lebih,
jangan lah lupa masukan sedikit wang kedalam tabung mesjid.
<mesjid kampung raja>
[7:30]
Sarapan dari pihak penganjur
tiba. Bee hon goreng. Walaupun tekak aku kurang selera, terpaksa juga makan
kerana membayangkan perjalanan yg akan aku tempuh sebentar lagi terlalu
mencabar. Kami juga di bekalkan lunch pack (nasi, ayam masak kicap dan sayur
kacang)
[9:30]
Parking kereta di sekolah
menengah berhampiran dan bertolak ke kampung orang asli Renggil menaiki 4x4.
[10:30]
Selepas sedikit taklimat
dari Sham, kami memulakan langkah. Perjalanan agak santai melalui kebun orang
asli. Trek agak mendatar dengan sekali sekala menaik dan menurun. Menyebarangi
2 sungai besar separas lutut dan satu sungai kecil. Disebabkan perjalanan akan
melalui banyak sungai, untuk hari pertama, aku pakai sandle + stokin. Boot
trekking aku simpan didalam bag.
bersiap utk memulakan pendakian.
aku je yg berselfie
[12:30]
Tiba di Sungai Y, lunch dan
solat zuhur.
Yob.. paling otai
[2:00]
Memulakan perjalanan menuju
ke kem agas.
[5:30]
Tiba di kem Agas. Bermalam.
Plan asal ada bermalam di Kem Y. Di sebabkan sebahgian perserta sampi agak
lewat, kami ambil keputusan untuk bermalam di Kem Agas.
Kawasan Kem agas agak luas.
Boleh menempatkan lebih 40 orang. Berdekatan dengan sungai dan permukaan tanah
yang kering.
Malam nie aku masa nasi.
Lauk ayam masak kicap. Lepas makan berborak dengan Sham, Azam, Amri sampai
pukul 11. Lepas tu aku menumpang di
flysheet Sham . pukul 5 : 30 aku bangun sakit perut, subuh dan masak
sarapan. Sarapan ringkas. Nasi sejuk berlauk sambal ikan bilis dan ikan kapak
kering.
30/8/2014 (Sabtu)
[8:30]
Setelah berkemas dan
mendengar taklimat dari Sham, kami memulakan perjalanan ke Puncak Gunung
Berhid. Untuk ke Puncak Berhid, kita akan membelok ke Kiri sebelum sampai ke Kem Y (anggaran 15 mini
sebelum sampai ke Kem Y). Perjalan agak mencabar disebabkan jalan banyak yang
sudah tertutup oleh pokok . (mungkin tidak ramai yang datang untuk ke G.
Berhid, beberapa kali terpaksa berpatah balik) Guide menggunakan GPS dan kesan lama seperti kesan
takuk pada batang dsb . Trek menaik dan menurun , menyeberang dan meredah
sungai. Pendakaian agak sukar disebabkan permukaan tanah yang tidak mempunya
kesan kaki/kasut utk memanjat.
[12:45 ]
Sampai di kaki Gunung Berhid.
Kami day pack utk ke puncak. Trek mencanak sampai ke puncak.
[14:00 ]
Sampai di puncak, lunch dan
turun semula ke kaki Gunung Berhid.
Solat,
[16:00 ]
Memulakan perjalanan ke
puncak Gunung Yongyap. Trek agak mencabar seperti pagi tadi. Menebas, mencari
balik trek asal. Berapakali berpatah balik dia sebabkan jalan yg kurang pasti.
[18:30 ]
Tiba di simpang main trek ke
puncak Gunung Yongyap. Meneruskan perjalanan sambil melayan perasaan.
[19:00 ]
Tiba di LPW. Plan asal bawa
air dari LPW dan bermalam di Puncak Gunung Yongyap. Disebabkan group last
(ayob@adnan, zam, sorang lagi) sampai lewat , lebih kurang pukul 8 malam, jadi
kami mengambil keputusan untuk bermalam di atas trek di LPW. Satu pengalaman
yang menarik. Malam tu aku makan nasi baki tengahari. Aku masak sedikit nasi
untuk esok sarapan. Berlaukkan ikan kering. Disebabkan kekurangan ruang kawasan
yang rata, aku terpaksa tidur bersalut kan flysheet. Satu penemuan baru, tanpa
sleeping bag, flysheet sudah cukup untuk memanas badan dia dalam gunung yang
berketinggian l200 meter. Alhamdullillah, malam itu cuaca baik dan tidak hujan.
tido on trek @ LPW
31/8/2014 (Ahad)
Aku tersedar terdengar
beberapa suara sedang countdown hari merdeka. “selamat hari merdeka” . lepas tu
aku sambung tidur balik hingga ke subuh.
Selepas subuh, sarapan
dengan nasi sejuk lauk ikan kering dan sambal ikan bilis. Air kopi panas.
Entah apa yang tidak
mengena. Aku terpaksa “buang “ sebanyak 3 kali.
[ 8:30]
Memulakan perjalanan menuju
ke puncak Gunung Yong yap.
[9:30 ]
Tiba di simpang Bubu-Yong
Yap. Kami letak bag dan daypack ke puncak Yongyap. Trek mendaki hingga ke
puncak.
[10:40 ]
Tiba di puncak. Ambil gambar
berselfie, berGopro
puncak yong yap
[11:30 ]
Turun. Take 5 di simpang
Bubu-Yong yap. Meneruskan perjalanan ke puncak Bubu.
[15:30]
Tiba dia puncak bubu. Bergambar
[15:41]
Turun dan memulakan
perjalanan ke puncak tok nenek
Perjalanan menurun dan
menurun dan sesekali menaik.
[17:50]
Tiba di kem Lopak Air. Tidak
ada sign board disini. Tempat seperti lurah. Lopak tempat air kena pergi ke
arah kanan. Dalam 5 minit perjalanan. Memandangkan lopak air nie juga ada anak
katak. Di nasihatkan memasak sebelum meminum. Aku bawak 3 liter untuk dia bawa
ke kem seterusnya, kem kambing
[18:15]
Meneruskan perjalan menuju
ke kem kambing. Perjalan agak ekstrim
kerana memanjat dan terus memanjat. Ada jugak rasa macam nak putus
nyawa. Tapi disebabkan kak liza & lim bagi semangat, aku teruskan jugak.
Lagi satu di sebabkan sudah gelap takut kena tinggal.
[8:20]
Sampai di kem Kambing. Kem
site terlalu kecil. Hanya boleh memuatkan satu flysheet besar, 1 kemah dan 1
flysheet kecil. Aku terus masak . masak sup sayur kentang dan nasi. Disebabkan
susanan agak sejuk, agak menyelerakan bila makan sup kentang so on.
Alhamdullilah.
Aku pasang flyseet di celah
lorong. Masuk badan dalam plastik sampah dan tidur.
Aku tersedar dalam pukul 11
bila group pantai timur (amir, zul, ayob dan team) sampai. Tahniah. Pagi aku
dengo berita Adi dan Amri@tumang tak sampai. Mereka tidur dia atas trek.
Mungking sudah terlalu penat.
01/09/2014 (Isnin)
Selepas bersarapan, aku, kak
liza, ashrul dan beberapa orang pergi ke
puncak Gunung Tok Nenek dahulu. Perjalan mengambil masa 10 minit. Sila ambil
jalan ke kiri utk ke puncak (terdapat 2 simpang menuju ke puncak)
Pemandangan teramat cantik. Subhanallah.
Alhamdullilah cuaca sungguh baik. Dapat melihat gunung di sekeliling. Gunung
Yong yap, Bubu, Puncak Krayong. Kami menghabiskan masa agak lama dia atas untuk
menghayati pemandangan dan mengambil gambar.
Turun semula ke Kem Kambing
untuk berkemas.
Mendengar berita menyedihkan
ayah Amir meninggal dunia tengah malam tadi. Amir mendapat berita di puncak
Gunung Tok Nenek bila dia ON kan handfon. Innalillahhiwainnaiaihirojiyun.
Setiap yang hidup pasti akan kembali dan kematian itu tidak akan bertangguh walau
sesaat. Mudah-mudahan arwah di cucuri rahmat oleh Nya.
[10:00]
Kami memulakan perjalanan
turun menuju ke kem belumut. Dari kem Kambing, kami akan menuju ke puncak
Gunung Tok Nenek. Sampai di simpang pertama or ke dua, ambil jalan ke kanan.
Perjalanan menurun dan menurun. Terdapat 2 simpang . sila ambil jalan ke kanan.
[12:00]
Tiba di kem Berlumut. Masak
dan makan. Puncak air agak besar tapi tidak sesuai untuk mandi.
Kem Belumut
[1:00]
Memulakan perjalanan
turun. Melewati kem Hari, kem Botol
Kicap, Kem Lengkuas
Perjalanan agak sukar kerana
terdapat banyak buluh yg telah tumbang. Kami terpaksa merangkak, meniyarap,
duduk untuk melepasi pokok-pokok buluh
tumbang. Terdapat juga beberapa batang anak sungai yg terpaksa di seberangi.
[5:00]
Tiba kembali ke Sungai Y.
Aku mandi, sembahyang dan berehat sementara menunggu group belakang sampai.
[6:00]
Meneruskan perjalanan. Hujan
lebat dan guruh. Teruskan juga perjalanan.
Sampai dia sungai terakhir,
air agak besar. Kami menunggu sebentar.
Kami melintas dengan selamat. Alhamdullilah.
[8:30]
Sampai di kampung orang asli
Rengil. Kami di jamu makan durian.
[11:00]
Sampai di sekolah menengah,
berkemas
[12:30]
Bertolak balik ke Shah Alam
<Nota Kaki>
1.
Pengurusan
/ pembahgian ration makan yang sistematik
2.
Semua
perserta berusaha untuk menunaikan kewajipan terhadap Allah walau dalam keadan
penat
3.
Semua
perserta memahami tanggung jawab / tugas memasing
P
P
Dari kem Kambing, kami akan menuju ke puncak Gunung Tok Nenek. Sampai di simpang pertama or ke dua, ambil jalan ke kanan. Perjalanan menurun dan menurun. Terdapat 2 simpang . sila ambil jalan ke kanan.
ReplyDelete# nak tanya simpang ke kiri pergi mana??