Gunung Kinabalu via Timpohon
12/9/2014 – 16/9/2014
<Intro>
Expedisi kali ini adalah
xpdc kali ke 3 utk aku ke puncak Kinabalu. Tapi trip kali ni adalah kali
pertama aku akan gunakan laluan Timpohon. Kali ini, kami pergi seramai 11
orang. Cip, aku, adik, Paidz, Nik, Gayat, Mek, Sue, Jina, Jekek, Capt Haris. Paling
tua 47 tahun dan paling muda 27 (kalau tak silap). Agak terkilan sedikit kerana
Apit tak dapat join sebab takdapat turun dari kapal. So tempat Apit di ganti
oleh Captain Haris. Satu lagi new face dlm group ini adalah Jekek (orang
kampung aku). Ini adalah pegalaman pertama utk Jekek panjat Kinabalu dan jugak
panjat gunung selain bukit. Broga. (sekali je panjat bukit broga utk trainning)
12/9/2014 (Jumaat)
Kami berkumpul di KLIA2.
Sebelum subuh lagi kami sudah berada di airport. Subuh dia KLIA2. Surau agak
selasa, besar dan cantik. Sebahgian datang dari kajang naik train. Aku datang
dari Shah Alam. Kami betolak dengan 2 trip flight. Jekek je sorang je naik 2nd
flight. Disebab kan dia first time naik flight, takut jugak dia tak sampai KK.
Alhamdullillah dia sampai.Kami keluar dari airport KK dalam pukul 11 sengah.
Book kereta sewa dengan pak
abu. 2 biji Avanza utk 11 orang + back pack.. perh!! Agak macam sardin. Nak
buek cam ce.. low cost travel. Avanza sewa 150rm/day. Ok la tu. Dari airport
terus ke Kinabalu Park. Singgah makan kat PutraJaya kat kedai goreng pisang
seposen. On the way menyinggah banyak tempat sambil makan buah. Lupa la nama
tempat tu. Durian dia memang mabeles. Sampai di KK park pukul 5. Terus
register. Smooth . Sembahyang jamak zuhor-asar sekali. Cuaca agak sejuk. Tidur
dia KK park . Kereta parking sampai hotel. Tu kelebihan sewa keta sendiri.
Pergi dinner pun boleh naik keta. So tak perlu jalan kaki. Dinner pukul 6
sengah. Agak mewah menu dia. Siap ada kambing semua. Sebelum tidur pack barang
yang perlu untuk bawak naik puncak. Yang tak perlu kami tinggal di dalam kereta
sewa.
Ding-dong kami tidur dalam
pukul 11 sengah. (sebelum tidur telan pil AMS dulu)
@KLIA2
otw to KK park (belakan tu G. Kinabalu)
13/9/2014 (Sabtu)
[5:00am]
Bangun, solat subuh. Kemas mana yang perlu
[6:30]
Check out. Sarapan di KK
park. Kami stanby tuperware. Untuk tapau sedikit makan utk trekking. (kami
tapau menyorok-nyorok). Sebenarnya kami di bekalkan lunch pack. (sendwich,
apple, air mineral). Tapi cam tak cukup.(nafsu je sebenarnya.yang kami tapau tu
pun sebenarnya kami tak makan)
[8:30]
Berkumpul di depan office KK
park menunggu guide. Guide kami kali ni adalah special request sendiri dari
Gayat. Henry dan Saparin. Henry adalah guide kami tahun lepas. Memandangkan
trek record yang baik (sanggup melaya Mek Cha jalan cam itek), tahun ini kami
request KK park (sutera) untuk guna Henry dan Saparin jadi guide kami. Betolak
ke Timpohon Gate mengunakan van KK park. (sudah termasuk didalam package). Park
kereta sewa di KK Park.
[9:45]
Setelah buat warmup dan doa
(diketuai oleh guide saparin) kami bertolak memulakan pendakaian. Capt, adik,
Faidz, Nik group laju. Aku, Jekek, Jina, Sue, group average. Cip, Gayat, Mek
group slow. Disebab dah tak larat melayan tangga, nak berselfie pun tak larat.
Nak senyum dengan orang yang turun pun tak larat. Layan tangga selagi mampu.
@start point timpohon gate
[12:30]
Tiba di layang-layang. Jumpa
Paidz dan Nik dah nak bergerak. Adik dan
Capt dah lama kedepan. Mungkin dah sampai Laban Rata. Berehenti rehat. Lunch.
Suhu agak sejuk. Alt : dlm 2000 meter. Aku berempat pun tak berenti lama.
Contek cip guna walkie talkie.. dia pun tak berapa jauh. Dalam 1.5 km kat
belakang. Sambung lagi perjalanan. Lagi 2 km untuk sampai Laban rata. Perasaan
nak tido kat trek pun ada. Layan selagi larat. Aku tinggalkan Jekek, Sue, Jina.
Sue dan Jina agak tak larat. Jekek tolong bawak kan bag. Nasib baik abang Jekek
jadi penyelamat. Macho la abang Jekek.
@layang-layang junction
[3:30]
Tiba di Laban Rata. Kami
lepak di dalam restoran sementara kaunter di buka. Kaunter buka dari pukul 4:30
hinga 7:00. Cip, Gayat & Mek tiba
dalam pukul 5:00. Kami melantak sampai pukul 6:30. Bilik kami di Gunting
Lagadan. Dalam 500m dari Laban Rata (restoran) . Tepaksa memanjat tangga lagi
lebih krg setengah jam. Basically kami jimat setengah jam utk esok pagi bila
start mendaki ke puncak.
Restoran Laban Rata
14/9/2014 (Ahad)
[1:30]
Bangun pagi. Bersiap. Masak
maggee cup. Sebelum bertolak, guide saparin bagi sedikit breifing.
[2:45]
Start trekking menuju ke
puncak. Cuaca agak baik. Tidak hujan. Masa first time dulu, sampai puncak dalam
pukul 5 pagi. Tak dapat menikmati pemandangan dia atas sebab suasanan gelap
lagi. So kali ni aku slowkan speed, target sampai hari dah cerah. Utk
pemandangan sunrise, cantik di lihat di km 8 – km 9 . bukan di puncak.
[5:30]
Berhenti solat dia km 7.5
lebih kurang. Aku bawak sedikit air spray utk air sembahyang.
[6:30]
Tiba di puncak.
Alhamdullilah. Cuaca sangat cantik. Walau pun kali ke dua aku jejak puncak,
rasa macam 1st time.
oyayubi
[7:30]
Bergerak turun ke Gunting
Lagadan.
[9:00]
Sampai Gunting Lagadan,
berkemas, turun ke Laban rata untuk breakfast.
[11:00]
Bergerak turun ke Timpohon
Gate. Pergerakkan agak lambat sedikit disebabkan Aku & Jekek sakit kaki.
[4:30]
Tiba di timpohon gate. Rehat
sebentar dan ambil teksi ke KK park. Sampai di sana, Nik sudah tapaukan makanan
untuk kami. Cip, Mek dan Gayat sampai dalam 6 : 30. Bersiap dan betolak ke
hotal Marina Resort di KK town.
[9:00]
Check In Marina Resort.
Bersiap mandi & solat. Keluar makan di food court bersebelah pasar manila
di kedai makcik biasa.
-Misi Selesai-
Esok hari – pergi gi Tip of
Borneo. (day trip by keta sewa)