Friday, May 30, 2025

Gunung Kinabalu Expedisi 2025 / Mt. Kinabalu Expedition 2025

 

Gunung Kinabalu via Timpohon

27/5/2025 – 30/5/2025

< Intro >

Ekspedisi kali ini adalah XPDC kali kedua bersama syarikat aku, Denso, dan kali kelima bagi aku ke puncak Kinabalu. Trip ini disertai oleh pelbagai jabatan, seramai 12 orang. Mereka adalah aku, Saufi, , Takahasi, Aisyah, Aishah, Nazri, Amin, Irza, Awie, Ainie, Zaidi dan Apit ( adik aku mengantikan Ito MD yang tidak dapat serta disebabkan oleh masalah kesihatan)

 

< Persediaan sebelum pendakaian >

Memandangkan faktor umur (masuk 53 tahun), aku memerlukan latihan yang mencukupi sebelum hari pendakian. Latihan lebih tertumpu kepada aktiviti menaiki tangga (Tangga Putrajaya) dan juga pendakian ringan seperti di Bukit Gasing (kawasan jambatan gantung), Denai 3 Putri, dan juga Gunung Angsi. Bermula bulan Disember 2024, aku menjalani latihan menaiki tangga, pendakian, atau senaman seperti berlari dengan purata lebih kurang 4 kali sebulan.* Aktiviti di bulan Mac hanya tertumpu pada solat terakwih sahaja.

25/5/2025 (Ahad)

Aku berlima (aku, Saufi, Amin, Nazri, Zaidi) berkumpul di KLIA1 dan berlepas ke Kota Kinabalu menaiki penerbangan pada pukul 15:40. Aisyah dan Takahasi pula berlepas menaiki penerbangan pada pukul 20:10. Sementara itu, Aishah menaiki penerbangan pagi pada pukul 9:15. Kami stay di Marina Court Apartment.

Dinner di Todak Waterfront Hawker Center.  (https://maps.app.goo.gl/imbrq8Vxe3tCF7hV9)



 26/5/2025 (Isnin)

[3:30]

Kami bersiap untuk bertolak ke Padas bagi aktiviti Water Rafting. Kami menggunakan pakej daripada Borneo Amazing. (https://www.amazingborneo.com/package/white-water-rafting-padas-grade-3-4)

 

[4:10]

Driver dari agent Amazing Borneo datang jemput kami untuk ke stesen keretapi Tenom. Singgah untuk solat subuh di Petronas station Kimanis sekitar jam 5 pagi. Sampai di Stesen keretapi Tenom sekitar jam 7:00. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Tenom mengambil masa sekitar 2.5 jam. Suasana jalan yang kurang elok dan pemanduan yang agak laju menyebabkan kami tidak dapat tidur didalam van. ( rate untuk driver - 2/10)

[7:30]
Bertolak ke Pangi station. Perjalanan mengambil masa setengah jam melalui tepi sungai sungai Tenom.

Stesen Keretapi Tenom

Train  berenjin Diesel 
[8:00]

Tiba di Pangi station. Office Rivebug ( Water rafting company) sekitar 50 meter dari stesen. Kami diberi light refreshment seperti air kopi. Bersiap tukar baju dan briefing.
Stesen Keretapi Pangi

Briefing session sebelum aktiviti Water rafting

[9:30]
Start aktiviti water rafting 2km pertama warmup di jeram level 2-3. Kami melalui lebih kurang 6-8 jeram level 4-5 sejauh lebih kurang 6 km.


[11:00]

Selesai water rafting. Sepatutnya jarak water rafting adalah 10KM, disebabkan jalan keretapi untuk balik runtuh, jadi jarak kami di kurangkan kepada 6-7 KM sahaja.

End Point

Balik ke starting point dengan mengunakan gerabak motor train. Lunch




[13:30 ]
Bertolak balik dengan train dari Pangi ke Tenom. Sampai di Tenom Station sekitar jam 2:15.

[14:30]

Bertolak balik ke KK town dengan van ke Marina Resort.

 [17:00]

Sampai di Marina Court. Kami dinner di KK Garden Seafood Jalan Tugu. ( https://maps.app.goo.gl/5AKQNKXwX7Hx4xRh8 )
Rasa sedap dan harga agar pricy, lebih kurang RM50 / org. 
Ikan Kerapu (2), sotong, ketam lembut, sayur

27/5/2025 (Selasa)

[8:00]

Selepas subuh, bersarapan di kedai Kedai Kopi Wan Wan. ( https://maps.app.goo.gl/Ehk3jgv6Gi1xYCJKA )
Kami pergi dengan menaiki grab. Menu utama di kedai ini adalah mee sup dari Ikan. ( fish mee, fish soup, etc)
[12:00]
Check out. Van Ohana menjemput kami dari Marina Court untuk pergi ke Kinabalu Park.

[13:30]
Singgah di Bataras untuk lunch dan shopping barang keperluan ( air etc) untuk hiking sebab di Kinabalu Park harga agak mahal dan barang terhad.

[16:30]
Tiba di Kinabalu Park, Semua urusan pendaftaran di uruskan oleh Ohana, Adam.  Selepas selesai urusan pendaftaran untuk penginapan, Adam menerangkan itinerary perjalanan ke puncak Kinabalu
Adam dari  crew Ohana memberikan penerangan
Check in hotel di dalam Kinabalu Park.
Kami dapat bilik yang berbeza.  Details bilik boleh refer to Kinabalu Park HP - https://www.mountkinabalu.com/stay/kinabalu-park

Lin, Apit, Awie, Ainie dan Irda - The Hill Lodge ( std hotel dengan bilik air di dalam)
Aisyah, Aishah, Takahashi - Liwagu Suite ( bilik luxury 2 tingkat)
Zaidi, Amin - The Rock Hostel ( bilik air share di luar bilik)

[19:30]
Kami dinner di Liwagu Restaurant

28/5/2025 (Rabu) 

[7:00]

Bangun pagi. Bersiap dan bersarapan di Liwagu Restaurant. Ambil lunch pack di sini untuk makan semasa pendakian.
Pelbagai ala-cart Menu 
Lunch Pack
( sandwich, telur, epal, cake, air mineral)


[8:00]
Check out dan bawa sekali kunci untuk di serahkan ke Kinabalu park office. Van Kinabalu Park datang jemput ke Kinabalu park office.

Asingkan bag/lauggage untuk di bawa mendaki, untuk porter bawakan dan untuk di simpan di kinabalu office.

Harga untuk menyimpan bag di Kinabalu park office ialah Rm15 / bag / hari.

Kadar bayaran porter ialah RM14/kg

Bersiap di hadapan Kinabalu Park Office
Irda, Takahashi, Aini, Awie, Lushi


[8:30]

Bertolak ke Timpohon Gate dengan menaiki van, mendengar sedikit taklimat dari guide

[9:30]

Memulakan pendakian menuju ke Laban Rata ( sekarang di panggil Panalaban). Kami mendaki mengikut pace memasing,

 

Irda, Takahashi, Amin, Awie, Ainie, Aishah

Lin, Saufi, Jery, Aisyah, Zaidi

Pendakaian mengikut speed memasing. 








[11:00 - 13:00]

Lunch di pondok Layang-layang setelah mendaki lebih kurang 4 km dari Timpohon gate.
Berhenti rehat sekitar setengah jam untuk makan yang telah dibekalkan oleh Liwagu restoran.
 


 

[13:30]

Meneruskan pendakaian.

Disebabkan ketinggian selepas pondok Layang-layang telah melebihi 2700 meter, kadaan cuaca agak sejuk dan dapat rasakan kadar oksigen menipis menyebabkan cepat penat. Pendakian akan lebih lambat dan kerap berhenti. Pemandangan cantik dapat dilihat dari sini ke Panalaban.

 






[13:30]

Alhamdullilah, sampai di Panalaban. Cuaca agak mendung. Solat zuhur & asar di surau
Apit sampai paling awal, 12:18.


Checkin di Laban Rata rest house ( atas dewan makan). Kami dapat dorm No. 10 (4 katil) dan dorm No. 11 ( 12 katil)
Dorm dengan katil double deck

Masa untuk dinner bermula jam 4:30 hingga 7:30 petang
Makan secara ala-cart. Makan sampai kenyang. Menu pada hari ini adalah sup ayam, nasi, mee goreng, kambing black pepper,  ayam, telur, sausage, dan beberapa menu lain.
 
sedang menunggu masa untuk dinner sambil menghabiskan lunch pack yang berbaki dan
juga magee cup ( bawa sendiri dari bawah)

Melantak sampai buntang mata

[20:00]

Berehat dan tidur.
Aisyah terpaksa bermalam di pondok di Layang-layang, tidak dapat meneruskan pendakian sebab demam.

 

29/5/2025(Khamis)

[1:00]

Bersiap untuk summit attack.
Keadaan diluar tidak hujan, tapi agak berkabus tebal. Kami bersiap dengan baju hujan/tebal sebelum bertolak.
Sebelum bertolak, kami di beri light breakfast ( roti, nasi goreng).
Briefing oleh guide sebelum summit attack

[2:45]
Memulakan pendakian.
langit gelap dan berkabus

[4:00]
Sampai di check point akhir Sayat-sayat


[4:30]

Tiba di KM8, Azan subuh. meneruskan perjalanan sambil mencari tempat sesuai untuk solat subuh.
Keadaan berkabus tebal. Pemandangan gelap walaupun guna headlamp.
Suasana gelap gelita dan berkabus tebal


[5:00]

Solat subuh di sekitar KM 8.5 dalam keadaan angin kuat.
Berhenti berlindung se sebalik batu sementara menunggu angin & hujan reda.

 

[5:57]

Alhamdullilah sampai di puncak.
Tahniah pada Norzaidi ( 1st time sampai ke puncak)

Disebab angin yang kuat dan hujan dan terlalu sejuk ( bawah 5 degree),  selepas bergambar untuk memori sendiri, terus turun ke Panalaban tanpa menunggu yang lain untuk group photo 

[7:30]

Sampai di Panalaban, sarapan dan berkemas untuk turun ke Timpohon


[10:45]
Betolak turun ke Timpohon

 
Bergambar kenangan bersama guide dan Team sebelum bertolak turun.

[14:50]

Sampai di Timpohon gate.

Bertolak ke Liwagu Restoran untuk late lunch. Selepas makan pergi ke Kinabalu park office untuk ambil bag.

Bersiap dan betolak ke KK town. Stay di Dreamtel Kinabalu.

 

[20:00]

Tiba di KK town dan check in di Dreamtel. Dinner di Restoran melayu berhampiran kedai dobi berhampiran starbuck  . Rehat & tidur

 

30/5/2025 (Jumaat) 

[8:00]

Breakfast di hotel ( dalam package). 
Pergi ke Pasar untuk shopping ikan bilis.

[12:00]

Checkout, betolak ke airport. 

-Misi Selesai


< Nota Kaki >
Guide kami seramai 3 orang
1. Elwen
2. Pinnus
3. Margaret






No comments:

Post a Comment