Gunung Kinabalu via
Timpohon
29/4/2024 – 30/4/2024
<Intro>
Expedisi kali ini adalah
xpdc kali ke 4 utk aku ke puncak Kinabalu. Last trip tahun 2014. Setelah 10
tahun, aku cuba kembali untuk menawan puncak Kinabalu setelah umur masuk ke 50
siri. Kali ini, aku pergi ikut company trip seramai 7 orang. Aku, Saufi, Ito
MD, Aisyah, Nazri, Amin, Zapril.
26/4/2024 (Jumaat)
Aku berlima ( Saufi, Amin,
Nazri, Zapril) berkumpul di KLIA1 selepas waktu kerja, Flight berlepas pukul 10
suku. Sampai di Kinabalu Airport sekitar jam 12:20, Bergerak ke Marina resort
apartment guna Grab. Tambang Rm11 sahaja. Sampai di bilik sekitar jam 1:30 am,
terus tidur
27/4/2024 (Sabtu)
[9:00am]
Pak Abu hantar kereta sewa
di Marina, pergi ke Kedai Kopi Wan Wan utk bersarapan.
Selesai sarapan, terus
menuju ke Kiulu River untuk aktiviti Rafting. Dari bandar KK ke Sungai Kiulu
sekitar 1.5 jam. Tiba di Sg Kiulu sekitar jam 12, lunch dan mulakan rafting
sekitar jam 1:30. Disebab kan dry session, air sungai agak kurang. Jarak
rafting lebih kurang 7km mengambil masa 1:30 minit.
[4:30]
Betolak balik ke KK town dan
terus ke medan Ikan Bakar Todak. Kedai makan yg biasa kami makan ( Restoran
Salmah) telah tutup, jadi kami makan di tempat baru. Rasa OK. Lepas makan, aku
pergi ke dobi belakang apartment utk cuci dan keringkan baju sementara yang
lain pergi survey kedai ikan bilis di pasar Phlipine.
28/4/2024 (Ahad)
[6:30]
Selepas subuh, bersarapan di
kedai mamak belakang apartment. Pulang kan kereta sewa ke Pak Abu sekitar jam
9. Balik bilik berehat sementara menunggu kereta Ohana ( travel company yang
menguruskan trip Kinabalu) sampai.
[11:30]
Bertolak ke airport dengan
menggunakan kereta Ohana utk mengambil Ito MD dan Aisyah.
[12:30]
Ito MD dan Aisyah tiba di
airport. Bertolak ke Kinabalu Park.
Berhenti di pekan Tamparuli
untuk lunch dan shopping ( air, roti) sebelum masuk ke Kinabalu Park.
[4:30]
Tiba di Kinabalu Park, Semua
urusan pendaftaran di uruskan oleh Ohana, Ariq. Jadi agak mudah. Check in hotel
di dalam Kinabalu Park.
Saufi, Lin, Amin, Nazri
& Zapril stay di Rock Hostel. Aisyah stay di Hill Lodge dan Ito MD stay Nepenthes
Lodge.
Plan asal Ito MD dan Amin
stay sebilik, tapi untuk keselesaan, Amin stay bersama Saufi & Lin bertiga
sebilik di Rock Hostel.
Kami dinner di Liwagu
Restaurant lebih kurang pukul 7:30 malam.
29/4/2014 (Isnin)
[7:00]
Bangun pagi. Bersiap dan
bersarapan di Liwagu Restaurant.
Ambil lunch pack di sini
untuk makan semasa pendakian.
[8:00]
Check out dan bawa sekali
kunci untuk di serahkan ke Kinabalu park office. Van Kinabalu Park datang
jemput ke Kinabalu park office.
Asingkan bag/lauggage untuk
di bawa mendaki, untuk porter bawakan dan untuk di simpan di kinabalu office.
Harga untuk menyimpan bag di
Kinabalu park office ialah Rm15 / bag / hari.
Kadar bayaran porter ialah
RM13/kg
[8:30]
Bertolak ke Timpohon Gate
dengan menaiki van, mendengar sedikit taklimat dari guide
[9:30]
Memulakan pendakian menuju
ke Laban Rata ( sekarang di panggil Panalaban). Kami mendaki mengikut pace memasing,
[1:00]
Lunch di pondok
Layang-layang setelah mendaki lebih kurang 4 km dari Timpohon gate.
Berhenti rehat sekitar
setengah jam untuk makan yang telah dibekalkan oleh Liwagu restoran.
[1:30]
Meneruskan pendakaian.
Disebabkan ketinggian
selepas pondok Layang-layang telah melebihi 2700 meter, kadaan cuaca agak sejuk
dan dapat rasakan kadar oksigen menipis menyebabkan cepat penat. Pendakian akan
lebih lambat dan kerap berhenti. Pemandangan cantik dapat dilihat dari sini ke
Panalaban.
[3:00]
Alhamdullilah, sampai di
Panalaban. Cuaca agak mendung. Solat zuhur & asar di surau
Checkin ni Laban Rata rest
house ( atas dewan makan). Kami tinggal di dorm manakala Ito MD di bilik
private.
Masa untuk dinner bermula
jam 4:30 hingga 7:30 petang
Saufi, Lin, Amin, Nazri
& Zapril sampai di Panalaban lebih kurang masa yang sama, Ito MD sampai
sekitar jam 6:00 mlm dan Aisyah sekitar jam 7:30 malam. Disebabkan Aisyah
sampai selepas masa dinner, pihak dewan makan ada tapau beberapa menu untuk Aisyah
[8:00]
Berehat dan tidur.
Entah mengapa, aku tak dapat tidur sampai pukul 2:00 pagi.
Aisyah nampak demam, badan
panas. Makan panadol dan tidur.
30/4/2014 (Selasa)
[2:00]
Bersiap untuk summit attack.
Aisyah tak proceed ke summit
sebab demam, Ito MD pun kena AMS (Acute Mountain Sickness) menyebabkan sakit
kepala.
Jadi kami berlima (Saufi,
Lin, Amin, Nazri & Zapril) saja meneruskan pendakian ke puncak membawa
banner Denso.
[4:00]
Sampai di check point akhir
Sayat-sayat
[5:00]
Solat subuh di sekitar KM 8
[7:00]
Sampai di puncak.
Beratur untuk bergambar di
puncak disebabkan telalu ramai. Kami menuggu lebih kurang 1 jam di puncak
[8:00]
Betolak turun ke Panalaban
[9:30]
Sampai di Panalaban,
breakfast dan berkemas.
[11:00]
Bergerak turun ke Timpohon
Gate. Pergerakkan agak lambat sedikit disebabkan sakit kaki.
[4:30]
Tiba di timpohon gate. Rehat
sebentar dan balik ke Liwagu Restoran utk late lunch. Selepas makan pergi ke
Kinabalu park office untuk ambil bag.
Bersiap dan betolak ke KK
town. Stay de DreamHotel Kinabalu.
[9:00]
Tiba di KK town dan check in
di Dreamhotel. Dinner di KFC berhampiran hotel . Rehat & tdur
1/5/2014 (May)
[8:00]
Breakfast di hotel ( dalam
package)
[9:00]
Shopping ikan di pasar.
Berkemas, dobi baju dan bersiap untuk balik
[2:00]
Late checkout, betolak ke airport dihantar oleh Ohana
-Misi Selesai-