Ride
To Phu Chi Fa National Park Thailand
Bermotosikal
ke Taman Negara Phu Chi Fa Thailand
<Peserta>
1. Mohd Lin - Honda CB500X (Lin
- penulis)
3. Datuk Hj Hidzer - Kawasaki
Versys 650 (Haji)
<22/12/2019> Sabtu
Bermula
dengan Bismillah, aku memulakan perjalanan. Bertolak pukul 4 pagi dan berjumpa
A. ucop di RnR Rawang. Full tank di petronas rawang. Subuh di Tapah. Pit stop
subuh di RnR Tapah dan top up minyak di RnR Bukit Semanggul.
Memandangkan
musim cuti, kami melalui border Durian Burung. Jarak lebih 50km berbanding
Bkt Kayu Hitam, tapi jimat masa beratur di imegrasen. Susana agak lengang
walaupun musim cuti. Jalan dari border ke hatyai agak lengang. Sesuai untuk
rider.
Tiba di
Hatyai dalam pukul 4 petang dan checkin di hotel The Train Hotel. Hotel di
dalam bangunan Hatyai stesen sebab kami bercadang untuk naik train ke Nakhon
Pathom bagi menjimatkan masa perjalanan.
Perjalanan
hari ini sejauh 618km.
(Info)
Hotel :
The Train Hotel
Rate:
850THB/night double bed
3 star
Coordinate:
7.002863,100.464204
Comment:
sangat memuaskan. 5 minit perjalanan ke Hatyai central (area lee garden hotel)
6 jam
extend : tambah lagi 300TBH (extend sebab train kami belepas pukul 6:10 petang
Kami hanya park motor
berdekatan dengan tempat loading motor di stesen. Harap esok ada
kekosongan. Booking tiket untuk kargo hanya boleh dibuat masa hari berlepas.
Ada
event Run di hatyai
Balik
hotel, pukul 11 malam, mandi solat dan tidur
<23/12/2018> Ahad
5:10am
subuh
Breakfast
di kedai makcik depan the train hotel.
Murah
cuma 270THB / 4 org makan. Makan sedap. Boleh try. Lauk pun banyak.
Nama
kedai : Dapur Muslim
*terima
kasih banyak pada mak som bagi kami makan free nasi goreng untuk makan dalam
train. Semuga di murahkan rezeki mak som dan sihat.
Lepas
breakfast, kami uruskan penghantaran motor ke keretapi untuk sampai ke Nakhon Pathom.
Alhamdullilah
rezeki kami baik. Ada kosong.
(Tips)
Semalam
park motor siap-siap di parking. Pergi pejabat dia untuk free inform kata nak
hantar motor esok. Dia akan pesan datang pukul 10 pagi. Pagi ni kami dtg pukul
8. Dia senyum kata ada. Bermalam di the train hotel untuk memudahkan pengurusan
kargo motor
<cara menghantar motor dari hatyai
stesen>
1. Tanya dia kaunter kargo ada
kekosongan
2. Jika ada, tanya train no. (
contoh train no.38)
3. Pergi ke kaunter tiket
bagitau nak naik train sama dengan no. kargo (contoh no.38)
4. Dapat tiket tpt duduk, bawa
tiket ke kargo balik untuk beli tiket kargo.
5. Bawak tiket kargo ke
kaunter loding - bayar 100THB utk upah loading
6. Bawa motor park ke platform
train.
7. Selesai
Cost
(kes kami)
Tiket
ke Nakhon Pathom 2nd class (katil atas) : 815THB
Kargo
motor ke Nakhon Pathom(CB500/Versys 650
) : 2680THB/sebuah motor
Loading
: 100THB / sebuah motor
Sebelah kiri ada kargo office. Makcik baju kuning adalah kaunter loading. Tempat ni di bahgian platform sebelah dalam.
Makcik kaunter untuk kargo. Baik orangnya
Sebelah kiri ada kargo office. Makcik baju kuning adalah kaunter loading. Tempat ni di bahgian platform sebelah dalam.
Makcik kaunter untuk kargo. Baik orangnya
(Info
masa train ke bangkok)
(Ini
train yg sampai bangkok pagi)
Sebelum
berlepas, Mak Som bekalkan nasi goreng dan telur dadar. Mak Som bagi free.
Semuga rezeki Mak Som murah dah diberi kesihatan yang baik. Amin.
Berlepas
dari stesen hatyai pukul 6:30 petang
<24/12/2018>
Isnin
Masih
lagi dalam train. Train lebih kurang sama macam KTMB
Kami
subuh di dalam train
Semalam
lebih kurang 5 minit nak belepas, operator train bagitau motor tak boleh masuk
train sebab di Nakhon Pathom tak boleh turun. Kalau nak turun mesti di Bangkok.
Dia bagi alasan train excident. Lepas tu dia bagi alasan
entah apa.
Kami amik keputusan terus ke Bangkok. Tiket masih sama.
Kami
tempah katil. Bila pagi dalam pukul 7, operator train akan kemas katil jadi
tempat duduk.
Tiba di bankok stesen pukul 11:30, delay dalam sejam dari jadual.
Motor
akan diturunkan di platform sama penumpang turun dengan menggunakan forklift. Lepas tu kita akan bawa sendiri
ke luar ikut pintu barang sebelah kiri sekali. Masa ini boleh terus keluar
tanpa menyerahkan tiket asal.
(Masa
serah tiket kargo, pekerja akan mintak tips, 20TBH cukup, biasanya 100THB /
sebuah motor)
.
Lunch
di 7e. Makan burger (halal) dan kopi amazon.
Alhamdullilah
perjalanan kami mudah. Hanya buat pusingan U-turn sebanyak 2 kali sebab untuk
mengelakkan masuk Hiway (motor tidak dibenarkan masuk Hiway di Bangkok)
Jamak
zuhur dan asar di mesjid Chainat
Muhammadeeyah
Mosque
19 Thetsaban 5, Tambon Nai Muang, Amphoe Mueang Chai Nat, Chang Wat Chai
Nat 17000, Thailand
Koordinat:
15.177220,100.130222
Berdekatan
mesjid ada kedai halal. Tapi semasa kami sampai, kedai sudah tutup sebab lewat.
Alhamdullilah dapat berjumpa dengan imam mohamad. Trip kami tahun lepas juga dapat berjumpa imam mohamad. (Rupa paras dan perwatakkan imam mohamad serupa dengan arwah abah. Allah hummarfirlahu untuk abah)
Alhamdullilah sampai di hotel dalam pukul 9:00 malam.
Perjalanan
sejauh 480km
Stay di
Soho Botique Hotel
|
Rate: 1350THB / bilik /3 bed
SOHO Boutique Hotel Tak-โซโห บูทีค โฮเทล โรงแรมจังหวัดตาก
Kooedinat: 16.878248,99.124378
Dinner
di 7e disebabkan kedai halal berdeketan hotel tak ada.
Beli
nasi putih dan sambal ikan bilis a. Ucop. Memang enak (lupa nak ambil gambar.
Lapar sangat)
<25/12/2018> Selasa
Lepas
subuh, hotel ada breakfast free. Tak banyak yang halal. Kopi, telur dan salad.
Tanya
pekerja hotel ada mesjid di belakang hotel. Agak susah juga untuk dapat lokasi.
Jumpa
imam mesjid, imam sallahuddin. Info dari imam kata tak ada restoran halal. Imam
jemput makan. Alhamdullilah rezeki pagi hari
(Info)
Mesjid
Al Fattah
Koordinate:
16.877287,99.124496
* lajak
kedepan sikit selepas Soho Boutique Hotel dlm 200m, ada lorong kecil sebelah kiri
Meneruskan perjalanan ke Doiithanon melalui
route 1 dan route 106. Route 106 banyak seleko.
Banyak juga view menarik sepanjang perjalanan
Singgah di Ladang & Gerai buah mata kucing
Makan sampai kenyang baru beli sekilo je.
Banyak juga view menarik sepanjang perjalanan
Singgah di Ladang & Gerai buah mata kucing
Makan sampai kenyang baru beli sekilo je.
Beli
tiket di pintu masuk dan serah tiket di check point no. 2
Dari
pintu masuk ke highest point lebih kurang 28km. Sepanjang perjalanan banyak
tempat air terjun.
Nama:
tak pasti ( (tak de nama)
Rate:
1200THB/ bilik/3 orang
Chef
sedang masak kari
Suhu
dalam 14 degree. Sejuk. Lepas makan tidur.
(Note)
Kepada
sesiapa yang bercadang bermalam di Doitahnon National Park, dinasihatkan bawak
sleeping bag atau baju tebal.
<26/12/2018> Rabu
Bertolak
keluar dari chalet selepas subuh. Suhu agak sejuk. Ride turun ke bandar Chiang
Mai.
Motor
Hj Hidzer mengalami kerosakkan gear. Singgah di Kawasaki Chiang Mai.
Pukul
12 baru dapat gerak menuju ke Fhu Chi Fa. Kami tak banyak berhenti rehat
memandangkan perjalanan berliku.
Kami berhenti rehat di pertengahan jalan untuk menunaikan solat dan makan. Singgah di pondok tepi jalan berdekatan sungai.
Alhamdullilah sampai di Fhu Chi Fa pukul 7 setengah malam. Dapat chalet yg agak selesa.
Rate: 1500THB/1 bilik/3orang
Malam
ni kami masak kari daging tin adabi.
Lepas subuh, bertolak ke puncak Phu Chi Fa, Lebih kurang 5 km dari chalet.
View
sangat cantik. Ada awan nano. Untuk sampai ke puncak, kena mendaki sejauh 750
meter dari kawasan parking.
<27/12/2019> Khamis
Bergerak
turun ke tempat seterusnya. Bertolak ke Khun Sathan National Park. Jarak sejauh
284km. Jalan berliku. Seperti 1000 koner. Kami sampai di chalet pukul 6. Sempat
untuk asar. View sungguh cantik. Ketinggian dalam 1300m. Agak sejuk
Tempat
ini ada persinggahan sebelum sampai ke Phu Thap Boek.
Nama:
(dalam Bahasa Thailand)
Rate :
800THB/1 bilik/2 orang
Koordinate:
18.27582,100.51214
<28/12/2018>
Jumaat
Hari
lahir Tsaqeef. Semuga menjadi anak yg baik
Pagi disediakan sarapan. Tapi tidak halal,
jadi kami hanya mengambil kopi.
Bergerak
menuju ke Phu Thap Buek. Perjalanan sejauh 360km.
Target
menuju ke Sirkit Dam untuk menaiki feri melintas tasik. Jika ikut jalan biasa,
perjalanan akan bertambah kurang lebih 100km.
Tempat
jeti motosikal adalah 500m jalan masuk sebelah kiri sebelum signboard PAKNAI’S
FISHER MAN VILLAGE. Kita akan jumpa seperti kedai runcit rumah rakit. Boleh
tanya di situ untuk tempahan feri. Tambang 1500/motor. Perjalanan mengambil
masa dalam 20 minit.
Sampai
di Phu Thap Boek lebih kurang pukul 5 petang. Jalan berliku dalam 30km sebelum
sampai.
Tiket
masuk ke national park
Adult :
500/ orang
Motor :
20/sebuah
Di Phu
Thap Buek, agak sibuk sebab musim cuti. Chalet yang kami dapat agak mahal
Koordinate:
16.89705,101.10716
*kalau
bukan peak season lebih murah. Dalam 1200THB
<29/12/2018> Sabtu
Pagi di
Phu Thap Buek sangat sejuk dan berkabus disebabkan malam hujan.
Nasib kurang baik. Tayar saya bocor sebab
tercucuk paku. Nasib baik Hj Hidzer ada bawa handy pump dan saya ada bawa cacing
penampal tayar
Alhamdullilah.
Masalah selesai
Suhu agak sejuk, kurang dari 15 degree
Bertolak turun dari Phu thap buek dalam pulkul 9 menuju ke Tanya Berry perkampungan muslim. Jalan menuju le bawah berliku. Sebahgian jalan rosak. Hanya satu lorong di buka.
Singgah sekejap di windmild
Than ke Tanya Berry.
Tiba di Tanya Berry dalam pukul 12. Nasib kurang baik semua bilik penuh. Cuma kemah saja masih kosong.
Info
Tanya Berry. (Muslim reasor
Rate: 1000/bilik/2org , 400/kemt)ah/1orang
Koordinate: 16.670847,101.007046
Lunch
agak mewah. 520THB
Kami
ambil keputusan terus ke LopBuri.
Jarak
perjalanan dalam 270km.
Nama
mesjid : ??
Koordinate
: 15.90361,101.02827
*depan
mesjid ada restoran halal
Fb :
twenty one café
Info
Hotel:
Hop Inn
Rate:
650/bilik/2 katil
Cuci
baju di laundry berdekatan hotel. Tapi tak ada dryer. Jemur dalam bilik hotel.
(Lokasi boleh Tanya hotel kaunter )
<30/12/2018> Ahad
Di Lop
Buri banyak tempat sunflower. Boleh search di google map.
Keyin
“sunflower field lopburi”. Banyak tempat boleh pergi.
Kami
pergi yg terdekat. Dalam 14km dari hop inn hotel
Meneruskan
perjalanan ke Bangkok. Dalam 160km. Target kami adalah stesen Hwa lampon.
Stesen besar Bangkok. Untuk uruskan penghantaran motor ke Hatyai.
Alhamdullilah
kargo ada kosong tapi seat penumpang hanya untuk kelas 3 sahaja.
Kami buat booking untuk 1st class kalau ada cancelation. Alhamdullilah rezeki kami baik. 1 jam sebelum berlepas ada
kosong. Kami ambil 2 bilik sekali.
Kami
tinggal di hotel berhadapan stesen. Mudah untuk pengurusan motor esok
Hotel :
Srikrung Hotel
Rate :
1500/sebilik/3katil
Malam, kami dinner di Arab street
berdekatan Nana station.
Kami gunakan train MRT dan BTS.
Dari Bangkok stesen naik MRT sampai di
Sukamvit, tukar train BTS ke Nana
stesen.
|
<31/12/2018> Isnin
Pergi
bawak motor ke stesen keretapi untuk prosess penghantaran kargo ke hatyai.
Process amat mudah. Parking motor di area platform 11. Ada pondok office
berdekatan situ.
Cara
sama dengan di hatyai. Tanya train kargo no berapa ada kosong. Lepas itu, cari
tiket penumpang dulu bagitau train yang sama dengan kargo ( contoh: train kami
no 37). Dapat tiket penumpang, bawak balik ke kaunter kargo
bersama passport dan geran motor.
bersama passport dan geran motor.
Kami betolak dari Bangkok pukul 3:10 ptg dan dijangka sampai Hatyai pukul 8 pagi esok.
Sementara menunggu pukul 3, cari kedai makan halal dekat stesen bangkok.
Ada satu restoran halal. Masuk lorong sebelah kiri 7e , lepas tu belok kiri
Boleh cari di google
<1/1/2019> Selasa
“SELAMAT
TAHUN BARU 2019”
Sampai
di Hatyai Station pukul 10 pagi. Kami check in di The station Hotel. Check in
untuk 3 jam untuk mandi dan sembahyag. Pukul 1 tengahari, kami bertolak balik
ke Malaysia
Sampai
di Border Ban Prakob / Durian Burung dalam pukul 5. Keadaan sangat lengang. Tak
perlu beratur panjang.
Singgah
di Mee Udang Sungai Dua untuk makan dan magrib. Meneruskan perjalanan balik.
Alhamdullilah,
sampai di rumah sekitar jam 2 pagi.
Perjalanan sejauh 3653KM
(jimat lebih kurang 2000KM menggunakan train dari Hatyai - Bangkok)
Perjalanan sejauh 3653KM
(jimat lebih kurang 2000KM menggunakan train dari Hatyai - Bangkok)
1. Perlu bawak pakaian lebih jika tinggal di chalet sebab baju tak kering sebab tak de aircond
2.
Di
nationl park banyak sayur seperti kobis. Kalua bawak dressing lagi baik. Boleh makan
dengan kobis.
3.
Kebanyakkan
di semua national park tidak ada restoran halal selain 7e, bawak makanan dan
masak ada di galakkan.
4.
Bawak
sleeping bag juga perlu jika bermalam di chalet dalam national park sebab suhu
amak sejuk. Kurang daripada 15 degree.
5.
Segala
pertanyaan boleh di ajukan ke tel, email di bawah
Lin : lin_muti@yahoo.com
/ whatsapp : 016-3231708
A.
Ucop
: yusof@takahata.biz / whatsapp : 012-2127032
Hj.Hidzir : whatsapp : 013-3643138
-
End
Report -